''Sesungguhnya seorang lelaki itu berharta bila dia zuhud di dunia, dan sesungguhnya seorang itu adalah fakir bila dia gemar pada dunia.''-SUFFIAN AS THAURI-

Tuesday, 20 November 2012

LUPAKAN ZAMAN JAHILIAH ITU


sudah 7 Muharam hari ini...
bagaimana dengan tahun baru kita?
sudah tercapaikah apa yang di rancang tahun lepas?
dan bagaimana niat tahun baru kita kali ini?

zaman jahiiliah sudah jauh kita tinggalkan...
adakah habis kita tinggalkan?
masihkah ada sedikit sisa-sisa jahiliah yang tertinggal...

mulut mengatakan aku sudah berhijrah!
tapi...sejauh mana penghijrahan kita?
adakah kerana Allah...
betulkan niat...
jangan dikenang zaman jahiliah itu, jadikan ia satu pengajaran..
satu batu asas dikala kau teringin membuat dosa!
bersyukurlah duhai hati...
bersyukurlah...
Allah sentiasa bersama dengan kita..




Friday, 16 November 2012

SEMUANYA DARI ALLAH


Bertemu dengan seseorang adalah nasib kita. Menjadi teman itu pilihan kita. NAMUN, jatuh cinta dengan seseorang itu adalah luar dari kuasa kita.





♥ JODOH dan PERTEMUAN semuanya dari ALLAH..
♥ Adakalanya, kita diberi PETUNJUK melalui mimpi..
♥ Mimpi adalah mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan solat Istikharah dan memohon dengan BERSUNGGUH-SUNGGUH supaya Allah memberikan petunjuk,
♥ InsyaAllah dengan izinNya kita mendapat mimpi petunjuk..
♥ Kadangkala petunjuk dalam bentuk RASA HATI..
♥ Jika dia pilihanmu, buatlah KEPUTUSAN sebaiknya..
♥ Jika tidak, TOLAKLAH dia dengan BAIK..
♥ Seandainya dirimu TIDAK MEMILIKI sesuatu yang kamu cintai,
♥ Maka cintailah sesuatu yang kamu miliki..
♥ Jangan pinggirkan ALLAH kerana Dia yang mengurniakan rasa cinta.

Thursday, 15 November 2012

2 Tahun dah. hee

Assalamualaikum.


Macam mane aku boleh lupa yang arini birthday anak buah kesayangan aku ni. Ya Allah, macam mane tak lupa, macam2 sangat yang aku fikirkan. sampai SERABOT kepala otak ni ha. Nak fikir final exam lagi. huhu bebanan sungguh. Tapi tak ape lah, tinggal seminggu je lagi niyh. hehe



Happy Birthday yang Ke 2 Tahun Aidil Ariff.

Acu sayang kamu sangat2, dah lame tak bawak aidil pegi taman. selalu setiap petang tak kiralah acu tido ke, mesti aidil tarik tangan acu nak ajak pegi taman kan. nanti cuti 3minggu ni acu bawak aidil pegi taman ye. Sekarang ni nak fokus final dulu. hmmm. okay lah bubye.


Assalamualaikum.

Tuesday, 13 November 2012

JANGAN MENCARI TERLALU "ISTIMEWA"




Jika kamu memancing ikan
Setelah ikan itu terlekat di mata kail
Hendaklah kamu mengambil ikan itu
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kail kamu
Dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup…

Begitulah juga…
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang
Setelah dia mulai MENYAYANGI kamu
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
Dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu…

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja
Kerana apabila ia mulai RETAK... tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja…

Begitulah juga…
Jika kamu sedang memiliki seseorang… TERIMALAH dia seadanya
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa
Anggaplah dia manusia biasa
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN... tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA Dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja…

Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi
Kamu akan MENYESAL...

Begitulah juga…
Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu
MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... dan MENCINTAIMU...
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN
Kelak dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi…
kerana dia telah menemui cinta sejatinya yg jauh lebih baik dari kamu..
dan ketika itu TIADA LAGI ruang dalam hatinya buat kamu..


Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI... kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA... itu lebih BERMAKNA !
kita juga tidak sempurna jadi mengapa harapkan insan yg sempurna sedang hakikatnya tiada insan yg sempurna dalam dunia ini..
setiap yg bernama manusia itu punyai kelemahan..
mengapa tidak kita bersama atasi kelemahan itu dan memberi peluang kepadanya barubah..dan kita juga harus bersama berubah ke arah KEBAIKAN.. itulah PASANGAN..
saling lengkap-melengkapi..

apa yg utama ialah mencintai ILAHI..dgn mencintai ilahi..pasti ALLAH akan temui kamu dgn seseorang yg mencintai-NYA..

mencari yg sempurna..SEMPURNAKAH DIRI KAMU?? tepuk dada tanyalah IMAN..

Friday, 9 November 2012

Permata Yang Dicari




Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..
Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan
Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH.
: )

Saturday, 3 November 2012

Selamat Hari Lahir Angah.

Assalamualaikum.


3 November 1984 lahirlah seorang puteri kedua Musa dan Salbiah yang diberi nama Noor Sheilawaty. kini beliau sudah pun mencecah 28 tahun. Seorang kakak yang bertanggungjawab dalam keluarganya, menjadi tulang belakang keluarga tak kira susah mahupun senang. sungguh bertuah aku mendapat seeorang kakak yang baik dengan adik2 dan kakak sulung nye. Adik doakan angah semoga dilimpahkan rezeki dan dipanjangkan umur. Adik sayang angah.


nilah kakak saya yang comel. heee

Friday, 2 November 2012

ikhlas dari hatiku.

Senyumanmu tidak memberi sebarang bebanan kepadamu tetapi memberi makna yang indah kepada diriku.
Bantulah aku untuk melangkah, seandainya dia benar
milikku yang telah Engkau tetapkan di Luh Mahfuz,
seandainya juga dia baik untuk agamaku,
kehidupanku, dan kesudahan urusan samada cepat
atau lambat, takdirkan dia untukku,
permudahkanlah serta berkatilah dia untukku, tolong
jagakan dia Ya Allah.


Namun, jika sebaliknya Ya Allah.. Engkau redhailah
hatiku, Engkau jauhkanlah aku daripadanya dan
jauhkanlah dia daripadaku, Engkau buangkanlah jua
segala rasa yang mungkin timbul ini Ya Allah.



Monday, 29 October 2012

Sabar Itu Separuh Dari Iman

"Demi sesungguhnya ! kami akan menguji kamu  dengan sedikit perasaan takut, kelaparan, kekurangan dari harta benda, jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila mereka ditimpa musibah, mereka berkata :

"Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari tuhan mereka serta rahmatNya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat hidayah"
(Surah al-Baqarah 155-157)



Belajar DIAM dari banyaknya BICARA,
Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN,
Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG,
Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN,
Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN,
Belajar TAWAKKAL dari UJIAN,
Belajar REDHA dari satu KETENTUAN.

Thursday, 25 October 2012

Iktibar Pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.

Hari Raya korban atau Hari Raya Haji dikaitkan dengan peristiwa pengorbanan dua insan mulia Nabi Allah Ibrahim dan anaknya Nabi Allah Ismail di dalam mentaati perintah Allah Ta'ala.

Dari peristiwa tersebut, dapatlah kita mengambil pengajaran tentang contoh ketaatan seorang anak yang soleh terhadap ayahnya. Dalam hal ini, sebagai anak sudah menjadi kewajipan kita untuk mentaati, menghormati, mengasihi dan menjaga ibu bapa. Kita perlu ingat bahawa ibu bapa adalah orang yang telah banyak bersusah payah demi memelihara dan membesarkan kita. Mereka rela mengorbankan tenaga, masa, wang ringgit dan kepentingan sendiri demi keselesaan dan kebahagiaan anak-anak.

Namun apa yang mendukacitakan terdapat segelintir anak-anak yang tidak menghormati ibu bapa mereka. Mereka tidak boleh ditegur bahkan melawan dan membantah dan tidak mahu menerima nasihat. Bahkan ada yang sanggup menembak ibunya walaupun baru berusia 15 tahun .Inikah balasan yang sepatutnya diterima oleh ibu bapa yang telah bersusah payah memelihara dan membesarkannya? Allah Subhanahu Wata'ala telah mengingatkan dalam Al-Qur'an dalam Surah Al Israa' ayat 23 yang bermaksud :
"Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-dua sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan kamu dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka sebarang perkataan kasar sekalipun perkataan 'ah' dan janganlah engkau menengking menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia ”

Jika kita amat-amati kembali tentang ketaatan Nabi Ismail Alaihissalam terhadap ayahandanya, tidak dapat diragukan lagi ianya adalah hasil dari didikan yang teratur dan sempurna. Oleh itu, pendidikan yang sempurna amat mustahak diberikan kepada anak-anak. Dalam hal ini, agama Islam telah menganjurkan umatnya supaya menerapkan ilmu agama kepada anak-anak sejak mereka dalam kandungan lagi di mana ibu-ibu yang mengandung digalakkan untuk membaca ayat-ayat suci Al-Qur'an sebagai didikan rohani kepada anak-anak dalam kandungan itu. Setelah dilahirkan pula, sunat diazankan pada telinga kanan dan iqamah pada telinga kiri anak-anak tersebut.Setelah itu ajarkanlah anak-anak dengan ilmu agama di samping ilmu-ilmu pengetahuan yang lain. Dan didiklah mereka dengan akhlak yang mulia kerana ia akan membentuk peribadi dan tingkah laku mereka setelah dewasa kelak. Jika jiwa anak-anak ini telah dididik dan tersemai dengan ajaran agama Islam yang kuat, insya Allah mereka akan menjadi orang yang beriman, cinta pada Allah dan Rasul-Nya, menjadi anak yang soleh, berbakti kepada agama, ibu bapa, masyarakat dan negara serta mendapat kejayaan hidup di dunia dan di akhirat. Inilah hasrat kita setiap ibu bapa terhadap anak-anak kita .

Oleh itu adalah amat penting supaya ibu bapa sentiasa mengambil perhatian terhadap anak-anak mereka tanpa membiarkannya. Jika terdapat tingkah laku dan kelakuan yang tidak wajar apatah lagi jika bertentangan dengan lunas-lunas agama Islam, maka perbaiki dan perbetulkanlah dari awal-awal lagi dan jangan menunggu sehingga masalah itu menjadi besar dan berat serta sukar untuk ditangani.Dalam hal ini, jika ibu bapa mendapati anak-anak mereka leka dan lalai dalam mentaati perintah Allah seperti tidak solat , tidak menutup aurat, tidak menghormati orang tua dan sebagainya atau anak-anak itu membuat perkara yang dilarang oleh agama seperti pergaulan bebas, berpakaian mendedahkan aurat, mewarnakan rambut, terlibat dengan gejala dadah dan sebagainya, maka ibu bapa adalah bertanggungjawab untuk menegur, melarang, mencegah, menasihati dan mendidik anak-anak mereka dan tidak sepatutnya membiarkannya. Ingat dan renungkan Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
Tiga golongan yang telah Allah haramkan baginya syurga , orang yang ketagih arak , si penderhaka kepada ibubapa dan si dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya (Riwayat Ahmad).

Hayatilah dan ambillah iktibar dari peristiwa besar ini dan jangan mencari terlampau banyak alasan untuk melakukan ketaatan terhadap perintah Allah. Contohilah kedua-dua insan mulia ini yang sanggup melaksanakan perintah Allah walaupun terpaksa mengorbankan sesuatu yang amat disayangi. Kepada Ibu Bapa didiklah anak-anak mengikut lunas agama agar lahir nanti anak yang menyejukkan mata ibubapanya dan kepada anak-anak hargailah ibubapa serta jangan sekali-kali derhaka , ingatlah jasa ibubapa tiada taranya.

Monday, 6 August 2012

Sijil SPM korang hilang???????

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Hai semua. Macam mana puasa? Pejam celik pejam celik lagi berapa hari ja kita semua dah nak raya. Persiapan raya dah siap ke? Mesti dah kan? Paling paling pun mesti baju tu dah siap tempah kan? Maklum la. Awal awal puasa ritu pun banyak Tailor yg dah tutup tempahan raya kan. hehe So, kena la tempah awal.

Eh, tajuk pasal lain cerita pasal lain pulak. Saya ade terbaca post satu blog ni, harap korang semua alert yee. Dalam semangat nak sambut raya ni, bagi pelajar-pelajar lepasan Matrikulasi sesi 2011/2012 tu. Konfom la busy jugak nak buat persiapan untuk masuk U bulan 9 ni kan?  Nasib baik semak awal segala benda yang diperlukan untuk masuk U ni. Adik adik yang nak amik SPM tahun ni or yang dah amik tahun lepas tu.. Kalau dah amik sijil original dari sekolah tu, mohon korang simpan elok2, tidak susah nanti tak ade yang original.. Rasa mcm tak lengkap pulak.. huhu

Ok lah. Hanya ada dua cara untuk korang dapatkan salinan sijil korang.

Cara Pertama :-

Ambil sendiri di ibu pejabat Lembaga Peperiksaan di alamat :


Blok E 11, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Presint 1
62604 Putrajaya
Tel : 03-88843526/3528
Isnin - Khamis : 8.30 pg - 4.30 ptg
Jumaat : 8.30 pg - 12 tgh hri / 2.45 ptg- 4.30 ptg

Kalau korang pilih untuk ambil sendiri dekat ibu pejabat Lembaga Peperiksaan, permohonan korang akan disiapkan dalam masa Satu Jam sahaja.. Korang akan dicaj RM10 bagi satu salinan. Make sure korang bawak segala maklumat yang diperlukan macam IC korang dengan SLIP SPM korang.

Cara Kedua :-

Melalui pos. Cara ni senang sikit bagi yang duduk jauh dengan putrajaya kan. Korang kena download borang LP dekat sini > BORANG LP

Lepas dah isi semua kat dalam borang tu korang kena sediakan wang pos bernilai RM10 untuk setiap salinan. Pastikan wang pos tu diletakkan atas nama Pengarah Peperiksaan dan sertakan bersama salinan IC korang dan Slip SPM. Then korang boleh la pos ke alamat :


Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Blok E 11, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Presint 1
62604 Putrajaya
(up: Unit Kecil Sijil)
 Korang dinasihatkan menggunakan Pos Laju sebab korang akan dapat salinan sijil korang 7 hari selepas borang yang korang isi sampai kepada mereka. Haa, diorang pos kat kita pun pakai Pos Laju tau. So, jgn risau, mmg tepat masa sampai kt kita...

Yang ni untuk yang hilang Sijil SPM. Kalau Sijil STPM  yg hilang korang kena bukak dekat web MPM ( Salinan Sijil STPM ) Korang kena caj RM50. Baca la cara-cara dia kat situ okay.

Ada jugak kan yg hilang Sijil MUET? Kalau hilang Sijil Muet pun kena pergi dekat web MPM, tapi yg bahagian MUET la ( Salinan Sijil MUET ) untuk MUET, korang kena caj RM 20 utk kali pertama,  RM30 kali kedua dan RM50 utk yg seterusnya.

Itu sahaja.. Hope korang dapatlah serba sikit maklumat mengenai kehilangan sijil-sijil penting ni ye.


Thanks for reading.
Assalamualaikum.

Wednesday, 4 July 2012

Debat Ustaz VS Gadis Liberal.

Assalamualaikum

harini saya nak kongsi sedikit sebanyak ilmu yang saya dapat kepada anda semua. 







Isu Aurat – Debat Ustaz vs Gadis Liberal



Gadis Liberal :
“Salam ustaz…..sorry for disturbing you…I just want to ask something from you…!!”

Ustaz :
“Ok silakan……what you want to know…”

Gadis Liberal :
“Ustaz it is true……perempuan tak menutup aurat ni jahat….?

Ustaz :
“Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup aurat tu….memang jahat la kerana tak patuh perintah Allah.!!

Gadis Liberal :
“No no no ustaz you ‘re really wrong……pakaian tak melambangkan perangai dan tingkahlaku….kalau ustaz nak tahu….ramai wanita yang pakai tudung labuh nampak aje sopan…tetapi sebenarnya mereka nilah yang berperangai jahat…mereka hanya berselindung di sebalik tudung mereka…. Tu hipokrit namanya ustaz…..”

Ustaz :
“Sekurang –kurang nya mereka menutup aurat….dosa tidak menutup aurat adalah termasuk di dalam dosa besar kerana perbuatan mendedahkan aurat itu akan membuka pintu kepada zina”

Gadis Liberal :
“Ha ha ha ha ……I don’t think like that ustaz………..sebenarnya..masalah zina…rogol..sumbang mahram…..dan sebagainya yang melibatkan kerosakan akhlak kaum wanita adalah berpunca dari lelaki yang jahat dan bernafsu buas…..bukan sebab kami berpakaian tidak bertudung dan berpurdah.!!!”
“Ustaz pun tahu kan….orang lelaki ni…alim macam mana pun tapi bila tengok orang pompuan…..tercabut serban mereka……ha ha ha ha…”

Ustaz :
“Hai….macam perli saya aje ni….?”
Gadis Liberal :
“Ha ha ha ha….ustaz tak termasuk la…..saya percaya ustaz….. kalau tak saya takkan tanya soalan ni…….ha ha ha ha……!!”

Ustaz :
“Islam mengatakan….Fitnah yang membuka pintu zina itu adalah banyaknya berpunca dari wanita yang tidak menutup aurat dan menjaga kehormatan mereka”
Gadis Liberal :
“Habis tu ustaz…salah orang perempuan lah ye kalau…..orang perempuan diperdaya..dirogol…diragut kesuciannya oleh seorang lelaki playboy….?”

Ustaz :
“Bukan itu maksud saya…….apa yang saya nak katakana ialah…orang perempuan sekiranya tidak mendedahkan diri dengan penyebab yang menyebabkan lelaki cenderung untuk melakukan perbuatan yang jahat…maka selamatlah dirinya..dari sebarang ancaman dan gangguan seksual.”….
“Perbuatan membuka aurat itu bukankah menarik ghairah lelaki untuk melakukan sesuatu yang tak senonoh kepada seorang perempuan?” Hilangnya sifat malu seorang perempuan menyebabkan dirinya bercampur gaul dengan lelaki yang bukan mahram….menyebab terjadinya perbuatan berjumpa…berdating…berdua-duaan …..sehingga pihak yang ketiganya adalah syaitan…lalu syaitan pun membisikkan bisikan syahwat menyebabkan berlakunya perbuatan zina antara dua pasangan sejoli…!!”

Gadis Liberal :
“Alah ustaz …itu sebab orang lelaki lah yang mulakan dulu……orang perempuan ni insan yang lemah terpaksa mengikut kehendak lelaki”

Ustaz :
“Hmmmm…itulah yang tak betul tu…..seorang wanita yang baik….mestilah tegas menjaga maruah dan kehormatan dirinya…..Allah menjadikan wanita ini dari tulang rusuk Nabi Allah Adam a.s untuk hidup mulia sebagai seorang isteri yang mempunyai tugas yang mulia iaitu sebagai peneman suami dan sebagai insan yang berkongsi suka duka bersama suami..setia berkhidmat untuk suami dengan perasaan kasih sayang yang dibina atas dasar cinta…melalui perkahwinan yang sah”
“Bukanlah kasih sayang namanya jika seorang wanita membiarkan dirinya menjadi tempat memuaskan nafsu..lelaki yang jahat….bukan cinta namanya…apabila seorang wanita membiarkan maruahnya dimusnahkan……bukanlah bahagia namanya apabila seorang wanita bersama dengn lelaki tanpa ikatan yang sah.”

Gadis Liberal :
“Ok…ok….ustaz menang……Cuma saya nak ulangi balik ustaz pendapat saya tadi……perempuan yang bertudung pun bukannya baik sangat….ada diantara mereka ni ustaz yang lebih teruk akhlaknya daripada kami yang tidak bertudung ni….?”

Ustaz :
“Ha ha ha….janganlah disalahkan tudung jika akhlak seseorang itu buruk…..!!!….menutup aurat itu perintah Allah…sama ada manusia itu baik atau jahat…kan itu perintah Allah…kita tak boleh pertikaikan……!!”
“Jika akhlak seseorang itu jahat…..maka dia akan dikira dosanya mengikut akhlaknya yang jahat….tetapi jika dia tidak memakai tudung menutup aurat…..maka dosanya akan bertambah lagi…janganlah kita melakukan satu dosa…kemudian kita tambah lagi dosa…akibatnya derita kita di akhirat..lama kita diazab di dalam neraka…..!!”

Gadis Liberal :
“Baiklah ustaz…mungkin tak faham maksud saya…….beginilah saya buat contoh supaya ustaz mudah faham……ada seorang wanita yang tidak menutup aurat…tetapi dia baik..rajin..pemurah ..penyayang…hormat ibubapa…..suka menolong orang…dan ada pula seorang perempuan yang bertudung…tapi jahat…suka mencaci mengata orang…..sombong…pentingkan diri sendiri…kedekut…suka cari gaduh….yang mana lebih baik ustaz……?”

Ustaz :
“Saya faham maksud awak…..oklah….tentang perempuan tidak bertudung walaupun dia..baik…buat amalan baik….pemurah…menolong orang…sememangnya dia akan mendapat pahala dengan amalan baik yang dilakukan….tetapi ingat…Nabi saw pernah menerangkan di dalam satu riwayat….bahawa diakhirat nanti apabila kita dihadapkan di hadapan Allah swt…kita akan ditanya..tentang dosa dan pahala….jika ada dosa yang kita lakukan…maka pahala kita akan dipotong….jika kita banyak melakukan amalan baik sekalipun…tetapi jika tidak menutup aurat….pahala kita akan dipotong mengikut lama mana kita mendedahkan aurat ketika di dunia ini semasa kita hidup….sehingga tiada lagi pahala yang nak dipotong..kita tanggung pula dosa orang yang rosak matanya..akhlaknya…disebabkan oleh kita yang membuka aurat….sehingga kita menjadi manusia yang paling muflis di akhirat lalu dicampakkan kita ke dalam neraka.”
“Adapun perempuan yang bertudung…dia terlepas dari dosa mendedahkan aurat…. Dan jika dia melakukan dosa yang lain…yakni seperti mencaci..mengata…sombong..dan sebagainya…maka itu dosa lain yang dia kena memohon dari Allah keampunan …agar tidak di azab diakhirat….sekiranya tidak dia akan diazab mengikut dosa yang dilakukan…..cumanya tempoh diazab itu tidaklah selama tempoh azab dosa orang yang mendedahkan aurat..kerana tempoh tinggal di neraka disebabkan oleh dosa buka aurat ni… lama sangat.”

Gadis Liberal :
“Oh ye ke ustaz…..maaflah ustaz… saya tak pandai agama……saya cuma dengar orang bercerita…dan ada kawan-kawan saya yang menggelarkan diri mereka “ the liberal gurlz”……yang menyatakan…kalau tak boleh buang sifat-sifat……jahat dalam diri…tak guna pakai tudung labuh……munafik namanya tu……tunggulah sehingga kita benar-benar dah bersedia dan menjadi benar-benar baik….barulah kita pakai tudung tutup aurat…..”
Ustaz :
“Ha ha ha ha ha bila la agaknya tu ….baru awak jadi benar-benar baik…..bila dah masuk kubur….?”
“Satu perkara yang mesti kita ingat…dan perbetulkan persepsi kita…..berubah jadi baik dan bertaubat adalah perkara yang tak boleh ditangguh-tangguh…….berubah dan bertaubat mesti dilakukan serta merta …kerana jika kita tangguh dan tunggu dulu…..maka dikhuatiri kita tidak sempat..bertaubat dan berubah…kerana ajal maut itu tidak kita tahu bila tibanya….apakah kita boleh menjamin umur kita panjang?apakah kita boleh hidup sehingga ke detik masa kita bertaubat dan berubah……”please don’t make your life as a gambling game”jangan perjudikan hidup awak dengan hanya bersandarkan harapan yang tak pasti…..” Jika kita menyatakan kita kena tunggu sehingga dah benar-benar baik dan bersedia baru kita pakai tudung menutup aurat……maka adakah umur kita sepanjang itu untuk sampai ke detik itu????? Jika kita dimatikan Allah bagaimana?”
“Samalah macam awak tidak mahu kahwin hanya kerana awak nak tunggu calon suami yang benar-benar perfect..hensem….macho…hmmm sampai ke tua la tak kahwin jawabnya”

Gadis Liberal :
“Hu huh u ustaz…gerun saya dengar penerangan ustaz ni…..barulah saya faham……..saya ingat apa yang dikatakn oleh kawan-kawan saya tu betul…rupa-rupanya sesat larat kita dibuatnya……!! Terima kasih ustaz…barulah saya faham….dan insyaallah saya akan berubah ….cumanya mungkin ambil masa juga ustaz….maklumlah bukan senang kita nak mulakan perubahan dan benda baru ni…..kawan-kawan saya “The liberal gurlz” pasti terkejut dan mentertawakan saya bila saya berubah memakai tudung…..aduihhhh susahnya ustaz…kalau diorang kutuk saya…mau menangis saya nanti…..”

Ustaz :
“Biarlah kita menangis di dunia ini kerana mentaati perintah Allah dari kita menangis di akhirat kerana di azab akibat mengingkari perintah Allah”

Gadis Liberal :
“Isk…Isk…..Isk…ye lah ustaz…terima kasih….terima kasih…….saya rasa insaf sangat…..terima kasih ustaz…..semoga Allah mengampunkan dosa saya…..”

Ustaz :
“Insyaallah semoga Allah berikan awak kekuatan dan berubah dari yang baik kepada yang lebih baik……..saya akan doakan…..!!”


"Ya Allah, jadikanlah diriku setiap hari dalam setiap segi. menjadi lebih baik, lebih baik dan lebih baik." Amin Ya Allah.

Monday, 2 July 2012

Winner Of UEFA EURO 2012 (SPAIN)

Assalamualaikum.



haiii anda semua, heee arini mood happy sangat2. sebab demam Euro dah pun tamat penghujungnya. hihihi dan team kegemaran aku pun dah memegang tahta kejuaraan 2 kali berturut2. wahaaaaaaaaaaaa. Champion Of UEFA EURO 2012 is SPAIN. yuhuuu viva de espana (La Roja). i will support you forever n never ever. heee ramai jugak yang tak puas hati dengan team aku ni. (lantak pi ahh depa). hahahaha Spain menewaskan pasukan Italy dengan jaringan 4-0. kenduri gol dorang. hihihi


 forever The Red Fury <3


lagi 2 tahun Fifa World Cup pulak. hihihi so no komen la lagi 2 tahun dorang boleh jadi juara lagi ke tak.

jaringan pertama David Silva minit ke 14.


minit ke 41, gol kedua pasukan sepanyol. Jordi Alba.


FERNANDO TORRES, gol minit ke 84 meninggalkan italy dengan 3-0. (hahaha)



gol tunggal Juan Matta minit ke 88. memang hebat la gandingan pemain chelsea ni dengan torres.  



anyway good job kepada semua pemain sepanyol kerana telah berjaya bertungkus lumus nak menang pertandingan ni. heee viva de espana. :)


pemegang kasut emas. Fernando Torres berjersi no 9.


k lah jumpa lagi pada entri yang akan datang. sayang korang semua. hihihihi
K tata,
Assalamualaikum

Saturday, 23 June 2012

Misteri Penjara Pudu 1895

Assalamualaikum



arini aku nak ceritakan kisah benar yang terjadi kat Penjara Pudu. korang mesti tau kan kat mane?. betol2 kat sebelah IPK Kuala Lumpur 2. hmmm kisah ni pakcik sedara aku yang cerita. dulu die penah keje kat sane. huhuhu tengok meremang bulu roma aku nak ceritakan kat sini. okay jom kite hayati kisah penjara pudu ni.






Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil “Bilik Terakhir”. Di bilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup.



Dinamakan “BILIK TERAKHIR ” adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terakhir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung..





Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap,menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan
berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana
dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka.






Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut.



Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula.



Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.



Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan “Bilik Terakhir” itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut.



Beliau cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu. Sedang warden itu mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju ke arah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja.



Dia berasa hairan bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu warden itu beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu.






Alangkah terperanjatnya warden itu selepas mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah dia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau- ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi.



Apabila sampai ke dalam gua tersebut sekali lagi warden itu bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata,



"Heyyyyy manusiaaa. Jangan kau sentuh harta itu. Hartaaa itu bukan kau yang punyaaa"

"Ahmad Albab yang punyaaaaa" Ha Ha Ha Ha Ha "Yaaaaaaa, Ahmad Albab yang punyaaaa... ding ding ge ding"



nota kaki : jangan marah ye. hihihi cerita ni sekadar hiburan saje, tiada kene mengena antara yang hidup mahupun yang mati. heeeee peace yawww.



k tata

Assalamualaikum.

Friday, 22 June 2012

Merawat Penyakit Hati

Assalamualaikum.


Setiap manusia tentu memiliki hati. Hati inilah yang mempengaruhi tabiat dan sifat seseorang. Apabila hati ini baik, maka manusia tersebut akan memiliki sifat yang terpuji. Namun jika hati yang dimiliki seorang manusia telah penuh dengan niat jahat, ini merugikan diri sendiri dan orang lain.

Hati yang hidup adalah hati yang penuh keimanan dan kepasrahan, hati yang penuh keyakinan terhadap Rubbubiyatullah, hati yang melihat Allah sebagai Pemilik kehidupan yang Maha Pengasih dan Maha Bijaksana. Hati yang mampu menyelami hikmah dalam lubuk musibah, hati yang mampu teguh dalam kegoncangan hidup.

Penyakit Hati.

Bagi saya, antara semua penyakit, penyakit inilah paling bahaya. Kerana apabila hati telah mati, hati kita tidak akan sensitif lagi terhadap dosa. Hati yang mati juga tidak akan tahan kepada ujian yang menimpa. Hidup sentiasa dalam kegelisahan dan ketakutan. Contoh penyakit hati? Liat mengerjakan solat juga penyakit hati. Semuanya berpunca daripada nafsu.

Nafsu yang mengarahi dan menunggangi kita umpama hamba. Ada yang bertanya, apakah itu nafsu?

Nafsu itu adalah tempat berkumpulnya kekuatan amarah (ajakan kepada kejahatan) dan syahwat (keinginan) dalam diri manusia. Disinilah terkumpulnya sifat-sifat tercela, buruk, jijik, kotor dan segala rupa amalan yang membawa kepada dosa dan maksiat.

Daripada nafsu inilah, timbulnya sifat mazmumah seperti hasad dengki, buruk sangka, pemarah, takbur, gila pujian, cintakan dunia, penakut dan juga sifat malas. Sifat ini harus dikikis, dirawat dan dibuang. Dalam rangka untuk menjadi hamba Allah SWT kita mestilah menguasai diri dan dapat mendidik diri sendiri.

Oleh itu, sebelum penyakit hati ini bertambah teruk, mari kita merawatnya. Dibawah ini adalah perkara paling basic untuk merawat penyakit hati :

1. Tidak Banyak Bercakap

Terlalu banyak bicara boleh membuat hati kita menjadi keras. Berbicaralah perkara yang tidak penting secukupnya dan hindarilah menjadi orang yang bercakap besar, suka bergosip dan lain-lain.

2. Jaga Emosi dan Nafsu

Emosi dapat membuat hidup menjadi tenang. Oleh itu sebaik-baiknya kita perlu menjaga emosi kita agar tidak menjurus kepada penyakit hati. Beberapa contoh nafsu yang harus kita tundukkan antara lain seperti nafsu harta, nafsu seks, nafsu makan, nafsu pangkat, nafsu marah dan sebagainya. Salah satu cara untuk melatuh emosi dan nafsu kita adalah dengan melakukan ibadah puasa, baik puasa sunat mahupun puasa Ramadhan.

3. Selalu Mengingati Allah SWT

Rajin bersolat baik solat 5 waktu, solat tahajud, solat dhuha dan lain-lain. Selain itu zikir, doa dan membaca Al-Qur'an juga dapat menghindarkan kita dari penyakit hati.

4. Jangan Bergaul Dengan Orang Ada Penyakit Hati

Dengan berkawan dengan orang-orang yang penuh dengan penyakit hati, kerana akan menjangkiti kita dengan penyakit-penyakit itu sehingga kita akan semakin jauh dari Allah SWT.


Hatilah tempat ketundukan, kepatuhan dan ketaatan. 
Dan Hatilah tempat taqwa bertapak dan bernaung.

Thursday, 21 June 2012

Apa Yang lelaki Suka Dan Tidak Suka Pada Wanita.

Assalamualaikum.

hihi arini memang nak kongsikan kepada semua perempuan yang kalau2 nak cari buah hati or ape2 je lah. weheee. ni adalah FAKTA yang dapat saya kongsikan kepada anda semua.


Lelaki suka:

1. Wanita yang bersikap kelakar
2. Berbudi pekerti
3. Murah hati
4. Senyuman manja
5. Tahu memasak
6. Pandai dalam menggayakan pakaian
7. Penampilan yang menarik dan sesuai dengan citarasanya
8. Tidak mudah naik angin
9. Tidak terlalu seksi dalam berpakaian
10. Ok. tadi awak belanja makan, biarlah saya bayarkan tiket wayang.?
11. Wanita yang dapat menjalinkan perhubungan rapat dengan ibunya
12. Wanita yang berwawasan/bercita-cita tinggi
13. Wanita yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi
14. Wanita yang tahu menjaga maruah diri
15. Wanita yang cekal serta tidak mudah mengalah dalam situasi tertekan
16. Sentiasa berada di sisi tidak kira masa susah atau senang
17. Yang tidak suka berleter
18. Tidak kisah dengan cara apa pun untuk mendapatkan makanan kegemaran lelaki
19. Sediakan secawan teh/kopi tanpa disuruh
20. Wanita yang mengambil berat tentang lelaki


Lelaki tidak suka:

1. Wanita yang suka mengumpat
2. Sombong dan bongkak tak tentu pasal
3. Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki
4. Merokok
5. Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki
6. Wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk mendapat perhatian
7. Tak boleh ke awak buat sesuatu dengan betul
8. Jangan awak nak ajar saya apa yang betul, apa yang tidak.
9. Wanita yang bersikap hipokrit
10. Terlalu ingin mengetahui hal peribadi lelaki
11. Sukar buat keputusan terutama hal berkenaan hubungan serius dengan si lelaki
12. Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang
13. Pakaian wanita berselerak di biliknya
14. Tidak bertanggungjawab langsung
15. Wanita yang terlalu suka bersosial sehingga tiada batasan lagi dalam pergaulannya
16. Kuat berleter walaupun dalam hal yang remeh
17. Boros berbelanja
18. Tidak tahu/malas memasak
19. Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati
20. Queen control hinggakan nak buang air pun perlu minta izinnya.


hehehe tapi kadang2 tak semua yang dipaparkan 100% betol. depand kepada orang tu sendiri la. hehehe fikir2kan dan selamat beramal. :)


k Tata
Assalamualaikum.

Monday, 18 June 2012

pening lah weyh!!!

Assalamualaikum.


haa arini saya nak bercerita pasal SISTEM IPTA yang membuatkan semua orang pening kepala. huhuhu lagi 3 minggu je tinggal sebelum nak masuk semester baru. tapi sistem dorang hari2 asyik down je, benci aku. macam mane nak daftar online kalau sistem down je. grrrrr !!!!


tengok sistem e-portal tu. buat aku bengang je. hmmm


takpe lah, terpaksa la kena tunggu dalam beberapa hari lagi. harap2 dorang dapat update kan sistem dorang yang TERCANGGIH tu yee.


k TATA
Assalamualaikum.

Saturday, 16 June 2012

ISRAK DAN MIKRAJ - Kisah Bumi dan Langit permulaan Israk dan Mikraj

Assalamualaikum


Sempena ISRAK MIKRAJ yang berlaku pada 27 Rejab ini, admin ingin kongsikan pada korang akan kisah-kisah peristiwa yang berlaku pada ISRAK MIKRAJ. Disini admin akan paparkan kisah bumi dan langit sebelum berlakunya peristiwa ISRAK MIKRAJ ini.



Kisahnya menceritakan tentang Bumi yang bangga akan diri nya dan membandingkan dengan langit, sehingga berlakunya peristiwa ISRAK MIKRAJ.

ikuti kisahnya di bawah ini...

Adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit.

Berkata dia kepada langit,

Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah S.W.T. telah menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-tanaman, beberapa gunung dan lain-lain.

Berkata langit,

Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falah, buruj, 'arasy, kursi dan syurga ada padaku.

Berkata bumi,

Hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang baik).

Bumi berkata lagi

Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup nabi dan kekasih Allah seru sekalian alam, seutama-utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan dia menjalankan syari'atnya juga di tempatku.

Langit tidak dapat berkata apa-apa, apabila bumi berkata demikian. Langit mendiamkan diri  dan dia mengadap Allah S.W.T dengan berkata,

Ya Allah, Engkau telah mengabulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya, apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawap soalan bumi, oleh itu aku minta kepada-Mu ya Allah supaya Muhammad Engkau dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan berbangga.

Lalu Allah S.W.T mengabulkan permintaan langit, kemudian Allah S.W.T. memberi wahyu kepada Jibrail A.S pada malam tanggal 27 Rejab, Janganlah engkau (Jibrail) bertasbih pada malam ini dan engkau Izrail jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini.

Jibrail A.S. bertanya,

Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?

Allah S.W.T berfirman, maksudnya,

Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke Syurga dan ambillah buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu.

Kemudian Jibrail A.S. pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman Syurga dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail A.S. terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya. Jibrail A.S. menghampiri buraq itu lalu bertanya,

Mengapakah engkau menangis, ya buraq?

Berkata buraq,

Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad seja k 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan.

Berkata Jibrail A.S.,

Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu.

Kemudian Jibrail A.S. memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad S.A.W. Wallahu'alam. Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah S.A.W dalam perjalan Israk dan Mikraj.

Dengan itu Buraq diturunkan ke Bumi

Kasih Ayah Tiada Nilainya..

Assalamualikum.

Hari ni 17 Jun 2012 bersamaan 27 Rejab 1433, terdapat dua peristiwa yang berlaku dalam satu hari. seperti yang korang tahu, arini adalah HARI BAPA Sedunia. weheeee selamat menyambut Hari Bapa kepada semua lelaki yang bergelar ayah, abah, bapak, papa, baba, abie n sewaktu dengannya. hehehe. 



En Musa Bin Taib. Ayahanda kesayangan kepada semua anak-anaknya.


Doa Untuk Ayahanda Musa..

Aku berdoa untuk seorang lelaki yang telah menjadi bahagian hidupku.
Seorang lelaki yang telah mengajarkanku bagaimana mencintaiMu Ya Allah.
Seorang lelaki yang hadir dalam setiap doa setelah solatku.
Seorang lelaki yang meletakkan namaku dalam lantunan doanya untukMu.
Seorang lelaki yang hidup bukan hanya untuk dirinya sendiri, tetapi juga untuku, Ibu, adik-kakakku, dan untukMu.

Seorang lelaki yang selalu menasihatiku untuk membakar kelemahan dan kekuranganku.
Seorang lelaki yang mengharapkan senyumku untuk mengatasi sedihnya.
Seorang lelaki yang mengharapkan dukunganku sebagai peneguhnya.
Seorang lelaki yang menjadi pemimpinku di saat aku kehilangan arah.
Seorang lelaki yang mengharapkan doaku untuk kehidupannya.
Seorang lelaki yang selalu mengingatkanku akan impian besarku.
Seorang lelaki yang menjadi pahlawan dalam keluargaku.
Seorang lelaki yang ku ingin untuk mendampingiku menuju JannahMu.

Dan aku berdoa untuknya
Berikanlah kekuatan kepadanya untuk menghadapi UjianMu, agar ia mampu bangkit tiap kali badai menerpa.
Berikanlah ia kehidupan yang mulia, sehingga ia dapat memuliakanMu.
Berikanlah ia hati yang sentiasa ikhlas dan kuat menerima amanah-amanahMu untuk mentarbiah kami.
Berikanlah ia dada yang lapang, sehingga ia dapat sabar dalam mendidik anak titipan dari Mu.
Berikanlah ia umur yang berkah, sehinga tiap detik waktunya tak sia-sia di mata Mu.

Amin ya ALLAH....



Semoga Allah murahkan rezeki dan memanjangkan umur ayahanda yang tersayang. Amin :)

Maafkan saya awak :(

Assalamualaikum


ehem. ehem. ehem maklumlah dah lama tak update incik gula ni. agak berhabuk jugaklah. Awak saya mintak maaf ye sebab tak pedulikan awak, saya tak bermaksud macam yang awak bayangkan. mulai hari ini saya janji akan update awak ye. Seminggu dalam sebulan pun dah okay dah. hihihihi rasa terujalah. heee sebab ada orang ambik berat pasal awak tau MR incik Gula.



ni haa orang yee akak yang comel ni. hahahahaha.



heee die request mintak saya update awak. baik betol die kan. sedangkan saya sendiri tak pedulikan awak. hahaha maaf sekali lagi ye. Insyaallah nanti saya update awak lagi tau. hewhew :)


k TATA
Assalamualaikum

Saturday, 26 May 2012

Selamat Ulang Tahun ke 19 :)

Assalamualaikum. heeeee dah lame tak mengarang kat sini. hari 2 dah cuci, tapi berhabuk balik. hehehe tak pe lah. abaikan saje. hmmm disini saya ingin mengucapkan Selamat Ulang Tahun ke-19 kepada diri sendiri iaitu MOHAMAD RIDZUAN BIN MUSA. hehehe aku lettuw. hewhewhew. semoga Allah SWT memanjangkan umur anda dan dimurahkan rezeki. and teruskan usaha anda, jangan kecewakan harapan keluarga.


sorry lambat wish. hehehe


Smile and laughter, joy and cheer
New happiness that stays throughout the year
Hope your birthday brings all these and more
Filling life with suprise and joys galore!