Assalamualaikum
arini aku nak ceritakan kisah benar yang terjadi kat Penjara Pudu. korang mesti tau kan kat mane?. betol2 kat sebelah IPK Kuala Lumpur 2. hmmm kisah ni pakcik sedara aku yang cerita. dulu die penah keje kat sane. huhuhu tengok meremang bulu roma aku nak ceritakan kat sini. okay jom kite hayati kisah penjara pudu ni.
Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil “Bilik Terakhir”. Di bilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup.
Dinamakan “BILIK TERAKHIR ” adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terakhir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung..
Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap,menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan
berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana
dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka.
Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut.
Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula.
Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.
Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan “Bilik Terakhir” itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut.
Beliau cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu. Sedang warden itu mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju ke arah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja.
Dia berasa hairan bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu warden itu beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu.
Alangkah terperanjatnya warden itu selepas mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah dia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau- ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi.
Apabila sampai ke dalam gua tersebut sekali lagi warden itu bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata,
"Heyyyyy manusiaaa. Jangan kau sentuh harta itu. Hartaaa itu bukan kau yang punyaaa"
"Ahmad Albab yang punyaaaaa" Ha Ha Ha Ha Ha "Yaaaaaaa, Ahmad Albab yang punyaaaa... ding ding ge ding"
nota kaki : jangan marah ye. hihihi cerita ni sekadar hiburan saje, tiada kene mengena antara yang hidup mahupun yang mati. heeeee peace yawww.
k tata
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment