''Sesungguhnya seorang lelaki itu berharta bila dia zuhud di dunia, dan sesungguhnya seorang itu adalah fakir bila dia gemar pada dunia.''-SUFFIAN AS THAURI-

Thursday, 21 June 2012

Apa Yang lelaki Suka Dan Tidak Suka Pada Wanita.

Assalamualaikum.

hihi arini memang nak kongsikan kepada semua perempuan yang kalau2 nak cari buah hati or ape2 je lah. weheee. ni adalah FAKTA yang dapat saya kongsikan kepada anda semua.


Lelaki suka:

1. Wanita yang bersikap kelakar
2. Berbudi pekerti
3. Murah hati
4. Senyuman manja
5. Tahu memasak
6. Pandai dalam menggayakan pakaian
7. Penampilan yang menarik dan sesuai dengan citarasanya
8. Tidak mudah naik angin
9. Tidak terlalu seksi dalam berpakaian
10. Ok. tadi awak belanja makan, biarlah saya bayarkan tiket wayang.?
11. Wanita yang dapat menjalinkan perhubungan rapat dengan ibunya
12. Wanita yang berwawasan/bercita-cita tinggi
13. Wanita yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi
14. Wanita yang tahu menjaga maruah diri
15. Wanita yang cekal serta tidak mudah mengalah dalam situasi tertekan
16. Sentiasa berada di sisi tidak kira masa susah atau senang
17. Yang tidak suka berleter
18. Tidak kisah dengan cara apa pun untuk mendapatkan makanan kegemaran lelaki
19. Sediakan secawan teh/kopi tanpa disuruh
20. Wanita yang mengambil berat tentang lelaki


Lelaki tidak suka:

1. Wanita yang suka mengumpat
2. Sombong dan bongkak tak tentu pasal
3. Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki
4. Merokok
5. Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki
6. Wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk mendapat perhatian
7. Tak boleh ke awak buat sesuatu dengan betul
8. Jangan awak nak ajar saya apa yang betul, apa yang tidak.
9. Wanita yang bersikap hipokrit
10. Terlalu ingin mengetahui hal peribadi lelaki
11. Sukar buat keputusan terutama hal berkenaan hubungan serius dengan si lelaki
12. Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang
13. Pakaian wanita berselerak di biliknya
14. Tidak bertanggungjawab langsung
15. Wanita yang terlalu suka bersosial sehingga tiada batasan lagi dalam pergaulannya
16. Kuat berleter walaupun dalam hal yang remeh
17. Boros berbelanja
18. Tidak tahu/malas memasak
19. Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati
20. Queen control hinggakan nak buang air pun perlu minta izinnya.


hehehe tapi kadang2 tak semua yang dipaparkan 100% betol. depand kepada orang tu sendiri la. hehehe fikir2kan dan selamat beramal. :)


k Tata
Assalamualaikum.

4 comments:

  1. info yg bagus...huhu..follow you

    ReplyDelete
  2. Perempuan merokok memang BIG NO lah kan.

    ReplyDelete
  3. maisarah azmi n alyah comel - thanks ye awk berdua. heee

    fadzmie mohamad - that right. heee

    ReplyDelete