''Sesungguhnya seorang lelaki itu berharta bila dia zuhud di dunia, dan sesungguhnya seorang itu adalah fakir bila dia gemar pada dunia.''-SUFFIAN AS THAURI-

Saturday 16 June 2012

ISRAK DAN MIKRAJ - Kisah Bumi dan Langit permulaan Israk dan Mikraj

Assalamualaikum


Sempena ISRAK MIKRAJ yang berlaku pada 27 Rejab ini, admin ingin kongsikan pada korang akan kisah-kisah peristiwa yang berlaku pada ISRAK MIKRAJ. Disini admin akan paparkan kisah bumi dan langit sebelum berlakunya peristiwa ISRAK MIKRAJ ini.



Kisahnya menceritakan tentang Bumi yang bangga akan diri nya dan membandingkan dengan langit, sehingga berlakunya peristiwa ISRAK MIKRAJ.

ikuti kisahnya di bawah ini...

Adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit.

Berkata dia kepada langit,

Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah S.W.T. telah menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-tanaman, beberapa gunung dan lain-lain.

Berkata langit,

Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falah, buruj, 'arasy, kursi dan syurga ada padaku.

Berkata bumi,

Hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang baik).

Bumi berkata lagi

Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup nabi dan kekasih Allah seru sekalian alam, seutama-utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan dia menjalankan syari'atnya juga di tempatku.

Langit tidak dapat berkata apa-apa, apabila bumi berkata demikian. Langit mendiamkan diri  dan dia mengadap Allah S.W.T dengan berkata,

Ya Allah, Engkau telah mengabulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya, apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawap soalan bumi, oleh itu aku minta kepada-Mu ya Allah supaya Muhammad Engkau dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan berbangga.

Lalu Allah S.W.T mengabulkan permintaan langit, kemudian Allah S.W.T. memberi wahyu kepada Jibrail A.S pada malam tanggal 27 Rejab, Janganlah engkau (Jibrail) bertasbih pada malam ini dan engkau Izrail jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini.

Jibrail A.S. bertanya,

Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?

Allah S.W.T berfirman, maksudnya,

Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke Syurga dan ambillah buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu.

Kemudian Jibrail A.S. pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman Syurga dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail A.S. terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya. Jibrail A.S. menghampiri buraq itu lalu bertanya,

Mengapakah engkau menangis, ya buraq?

Berkata buraq,

Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad seja k 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan.

Berkata Jibrail A.S.,

Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu.

Kemudian Jibrail A.S. memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad S.A.W. Wallahu'alam. Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah S.A.W dalam perjalan Israk dan Mikraj.

Dengan itu Buraq diturunkan ke Bumi

No comments:

Post a Comment