''Sesungguhnya seorang lelaki itu berharta bila dia zuhud di dunia, dan sesungguhnya seorang itu adalah fakir bila dia gemar pada dunia.''-SUFFIAN AS THAURI-

Friday, 25 November 2011

Salam Maal Hijrah 1433/2011

Assalamualaikum

heeee incik gula sudah kembali. hahaha setelah sekian lama  tak update blog. heeee okay lah arini just nak ucapkan untuk esok. korang semua tahu tak esok hari ape??. 27 November 2011. ish3 tahun baru islam lah.
heeee saje je, padahal korang semua tahu kan. hihihi


SELAMAT TAHUN BARU ISLAM.


Gambar dari kami Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia.


Muharam adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah SAW berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah SAW memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Doa akhir tahun hendaklah dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."



Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1433/2011


sehingga kita bertemu lagi
Assalamualaikum.

Tuesday, 22 November 2011

lagi sekali harimau muda..



Salam guys n hyee readers...
Final sukan SEA ke 26-Malaysia vs Indonesia pada 21.11.2011 hari Isnin. Alhamdulliah. Malaysia is the winner SEA games 26. Ibu segala pingat Emas memang patut dimiliki oleh Team Malaysia.. Sang Harimau Muda membaham Sang Garuda.. Harimau terus mengaum demi mempertahankan pasukan nye.. haha !!



 Malaysia VS Indonesia (Stadium Gelora Bung Karno)
(1-1, Malaysia menang penalti 4-3)


Dekat Facebook ade lagu Wonderpets version Harimau Muda dan mcm2 la..
Lagu Wonderpet Version Harimau Malaya

Wisell.. Wisell berbunyiii…
Wisell.. kami datangg..
Wisell.. Wisell berbunyiii…
... ... ... Ade haiwan dalam bahaya.. ade haiwan dalam bahaya…
Ade haiwan dalam bahaya disana..

Anak Garuda...Terpatah sayapp..
Garuda..terpatah sayapnya..disanaa..
Kesian Garuda..Matanya buta..
Matanya Buta terkena laser..

Harimau, Malaya, kami datanggg..
Membaham binatang dalam kesusahan ..
Kami tak besar dan kami tak kuat..
Bile bekerjasama kami jadi kuat…
Heyy.. Malaysia.. Yeyyyy!!!!
:D
Dan ade lagi satu..
Rahsia Malaysia Jadi Juara Semalam :

TEAM Malaysia Hebat.. namun rahsianya kerana MALAYSIA ada seorang MUSLIM, ada seorang TAMIL, ada seorang pula GURU, dan yg penting Team
MALAYSIA ade Khairul Fahmi Che Mat yg sentiasa cermat menangkap bola, dan
MALAYSIA juga ada Baddrol Bakhtiar yg sentiasa berikhtiar menjaringkn gol Kemenangan untuk skuad Malaysia dan yg paling Hebat ialah kerana MALAYSIA ada ONG (Ong Kim Swee) hahaha.. just a joke.. Congrate Malaysia :D

tema 'CINTA'

awak
orang selalu bertanya pada saya 
apa itu cinta?
saya cakap yang saya tak tahu.


cumanya saya selalu melihat kawan-kawan saya
bahagia bersama pasangan masing-masing
keluar bersama dan makan bersama
tapi saya yakin yang itu bukan cinta.

 
awak
ada orang kata cinta ni indah
cinta menyatukan dua insan
cinta itu anugerah
betul ke awak?
saya masih keliru
mungkin, sebab saya masih belum merasainya sendiri.


 tapi satu hari tu saya nampak awak
ada sesuatu perasaan yang timbul
adakah itu cinta, awak?

 
 tapi awak
tiba-tiba saya terlihat seorang lelaki mendekati awak
awak berdua macam mesra bersama
macam kawan-kawan saya dan pasangan masing-masing
mungkin dia teman istimewa awak.
 
 
 tapi saya nak awak tahu
walaupun saya tak dapat memiliki awak
cukup sekadar saya dapat melihat awak tersenyum
saya juga tersenyum
mungkin itukah yang dinamakan cinta kan awak?
 
 
 hari demi hari berlalu
saya cuba mendekati awak
mungkin saya boleh kenal awak lebih dekat lagi
saya harap awak tak perasan yang hari-hari saya cari awak
saya cuma nak lihat senyuman awak
kalau boleh saya nak ianya terus kekal dalam ingatan saya

 
 awak
walaupun saya tahu awak dah ada yang punya
saya nak awak tahu yang saya tetap doakan awak
agar awak terus bahagia dengan insan yang awak pilih
kerana saya tahu, cinta itu cukup sekadar melihat orang yang kita cinta bahagia
semoga awak bahagia di dunia dan akhirat ye awak

 
 apa pun ingat pesanan saya ni awak
jaga cinta awak
jangan cemari cinta yang suci tu ye awak
sesungguhnya ia anugerah Allah yang tak ternilainya.

 
-ikhlas dari pengarang-
C&P
sesungguhnya cerita ni tak ada kene mengena antara yang hidup ataupun yang mati. sekadar untuk hiburan sahaja eyh. heeeee

ASSALAMUALAIKUM

Friday, 4 November 2011

Awak Tanya, Saya Jawab

Assalamualaikum

heeee semalam aku telah ditagkan dengan Budak Gedik nih. heee jangan marah ye. Blueekkk!!! Hahaha kenapa tag kat aku???. ni yang suka ni. heeee (malumalumalu) hikhikhik. Dah die ajak aku main permainan ni, so kite layan jelah permainan mereka ye. Hiiiiihihi. kepada sapa2 yang nak men permainan ni, jom tengok syarat2 kat bawah ni dulu eyh. :D


SYARAT-SYARAT permainan :


1. Post this rule
2. Write 11 things about yourself
3. Answer the questions the tagger set of you
4. Create 11 NEW Question fot the people who you tagged to answer
5. Choose 11 blogger to tag and link them on the post
6. NO TAG back ye!!



haaa!! 11 THINGS ABOUT ME??..

1. Paling pantang bile jumpa gula2. hahah so klu g shopping dengan aku diwajibkan belanja gula2. haha
2. saya rabun. sebab itu saya pakai glasses. heee
3. saya sayang ayah saya, sebab saya paling manja dengan die dari semua adik beradik saya. heee mak saya pun saya sayang jugak. hihihi
4. suka tengok citer karton. haaa citer NARUTO. hahaha.
5. mr hazel and superbike saya adalah peneman hidup saya semasa sunyi. kahkahkah
6. suka makan buah yang dah dikupas. "???" senang nak makan, terus masuk dalam mulut je. HAHA
7. mengidam nak jadi jurutera planta minyak PETRONAS.
8. suka sukan hoki. wakil sekolah dulu. bluekkk nak muntah. hee
9. suka nombor 24 sebab tarikh lahir saya. hihihi
10. suka tahap kritikal dengan warna hijau and merah. haha
11. berniat nak hafal 30 juz Al- Quran yang mempunyai 114 surah. insyaallah satu hari nanti, amin.



okay sekarang budak gedik, sila lihat jawapan kepada soalan yang anda berikan eyh. hihihi


1. Benda apa yang awak tak suka?
= saya tak suka orang yang hipokrit. tak berpegang dengan kata2 die sendiri.

2. Kalau awak dapat 1juta, apa awak nak buat apa duit tu?
= kalau saya dapat 1juta, separuhnye saya sedekahkan kepada rumah anak2 yatim. suku dari separuh saya hantar ibu bapa saya pergi haji, suku lagi saya buat perniagaan sendiri. 

3. Suka kombinasi colour apa?
= soalan paling bagus, sudah semestinye warna hijau dan merah menjadi pilihan saya. haha

4. Suka coklat tak? kenapa?
= coklat? sudah semestinye suka giler. haha sebabnye saya ni hantu coklat and gula2. heee

5. Benda ape yang awak tak suka pasal saya?
= sudah tentu tak ade. semua ye saya suka, hihihi jujur ni tak tipu tau. kalau tipu nanti lidah kena potong. :D

6. Suka binatang apa?
= kucing and burung kakak tua.

7. Orang yang paling awak sayang?
= family and kawan2 saya.

8. Kalau ada orang benci awak, apa awak buat?
= first mintak maaf, kalau die tak maafkan nak buat macam mane, yang penting saya dah mintak maaf.

9. Bila awak free, apa awak buat?
= tidur adalah hobi paling kerap. heee yang laen dirahsiakan. blueekkk.

10. Awak takut hantu tak?.
= soalan cipumas, hantu adalah makhluk Allah juga, jadi perlu ke kita takot dengan nya? 

11. Kalau dibagi peluang untuk awak jadi Perdana Menteri, apa yang awak nak buat?
= saya nak banteras rasuah dikalangan menteri2. yang laen belum penah terfikir lagi. heee



hmm aku nak tag kat orang ini, habislah kau! HAHA






korang yang aku tag ni silalah jawap soalan aku ni eyh. jawap tau penat aku cari ilham ni. heee



1. apa matlamat hidup awak?
2. awak nak anak berapa orang, lelaki berapa and perempuan sekali ye?
3. suka gula2 tak? kenapa?
4. lelaki yang macam manakah yang anda mahukan untuk dijadikan suami?
5. lagu apakah yang awak suka layan?
6. study kat mana? kos yang awak ambik?
7. apa yang awak tak suka pasal saya?
8. kalau awak ternampak sebatang pohon yang besar dihadapan awak? apa tindakan awak?
9. kenapa awak sayang BF/GF lebih dari segala2nye?
10. awak sanggup jaga ibubapa awak semasa mereka tua nanti?
11. rukun islam dan rukun iman ada berapa? sila kemukakan isinye sekali?


weheee aku harap korang lapangkan masa untuk jawap soalan ni yee. goodluck kepada anda semua. kepada sesiapa yang ingin menyertai permainan ini, selamat mencuba ye. hahaha.


okeylah entri yang seterusnya.
Assalamualaikum.

Tuesday, 1 November 2011

Percaya Pada Luka

Wan Nashrinie bin Zafri


Benarkah pencarian mimpi ini
Hanyalah dongengan cinta dalam pertaruhan
Haruskah pertemuan jiwa ini
Berakhir bersama air mata

Pre-chorus
Kesepian menemani jiwa di saat ku terluka
Bisakah aku mengenal cinta

Chorus
Aku percaya pada takdir cinta kita
Yang telah terukir di dasar jiwaku
Yang merindu dirimu
Namun ku bertanya padanya
Haruskah ku percaya pada luka
Sebagai tanda kesetiaan cinta
Kasih kita

Sempurnakah lukisan cinta ini
Tanpa corak warna kasih lakaran suciku
Apakah coretan rintihan malam
Hanyalah mainan cintamu



* heee nak upload video lame sangat lah. hmm nak dengar lagu die search  je " Nashrin - Percaya Pada Luka". lagu ni memang best lah!!!. jap kat dalam blog ni pun ade gak. heee

ok entri seterusnya. Assalamualaikum.