''Sesungguhnya seorang lelaki itu berharta bila dia zuhud di dunia, dan sesungguhnya seorang itu adalah fakir bila dia gemar pada dunia.''-SUFFIAN AS THAURI-

Monday, 31 October 2011

jumpa lagi!!!

assalamualaikum..


hahahaha arini entri pendek je eyhhh. Heeee malas nak hapdate panjang2. ohhh bulan OKTOBER selamat tinggal yee, berjumpa kita lagi tahun depan. and selamat datang NOVEMBER. heeeeee



kalau ada sumur diladang, boleh kami menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang insyaallah kita berjumpa lagi. Heeee



jumpa di entri yang seterusnya okey!!!
assalamualaikum. <3

Friday, 28 October 2011

sejarah solat lima waktu..

assalamualaikum para blogger!!!


hmmm arini editor kite nak share sedikit maklumat penting untuk semua orang. heeee sape editor tuh??.. Hahahaha aku lah, dah name pun blog aku. heeee sedangkan Rasulullah yang kita sayangi berdakwah semasa zaman mudanya..



okeyy meh kte lihat same2 kelebihan setiap rakaat solat lima waktu..



Subuh:

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

Zohor:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

Asar:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

Maghrib:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:

Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

Isyak:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun


solat itu tiang agama..


insyaallah kalau saya ade mase terluang berjumpa kita lagi yee. amin. next entri.
assalamualaikum.

Wednesday, 26 October 2011

Cinta itu Buta???..

assalamualaikum..


eyhh ari ni 26 OKTOBER 2011. lupa pulak Selamat Hari Deepavali kepada semua orang yang beragama hindu.
Happy Diwali. nak nyanyi sikit, dengar tau.
" bole chudia wohooo bole ganggana". HAHAHAHA 2 aje yang aku tau. heeee gelak ramai2 eyhh..



Haa!! ni dah lari topik ni. ok2 tukar mood kepada title yang kat atas 2. heeee
okey, betul ke cinta itu buta???..
bagi aku cinta itu tak penting sangat pun, tapi memerlukan. Maksudnye perlu ke kita mencari cinta sedangkan cinta dari Allah belum pun kita dapat??. sedangkan kita ni hamba Allah.



aku dah penat sangat2 nak fikirkan masalah ni. Ya Allah, aku hanya mampu berserah kepada Mu.
" kiranya tiada cinta insan untukku, cukuplah cinta Allah penyuluh hidupku. Moga kelak akan ada cinta untukku daripada insan yang mencintai Allah sebagaimana cintaku terhadapnya ".



CINTA ITU TIDAK BUTA. DIA HANYA MEMAHAMI.



okeyyhh aku memang lelaki yang hatinye lembut pasal bab2 yang macam ni. attention please!!! lembut yang ni je ok! yang laen 2 sihat alhamdulillah.
heeee next entri yolah.

assalamualaikum..

Wednesday, 19 October 2011

love bite??. kau ade.. Hahaha

Assalamualaikum..


Haa entri kali ni memang aku nak citer pasal "NYAMUK". Kenapa pulak dengan nyamuk 2??. die ade kacau ko ke huh??..
aiyooo kalau die tak kacau aku kn. buat ape lah aku buat post yang paling istimewa ni tuk die. OF COURSE la die kacau aku. tiap2 malam asyik buat love bite je kat badan aku. Rimas la weyhh!!!. Hahahaha.



then,


tiba2 pulak aku memang tak tau nak post ape kat sni. So post pasal nyamuk ni pun jadilah. Heehahaha..



pinjam kat cik google. Heeee

Totally auta la yang nyamuk suka hisap darah manusia berpenyakit sebab nyamuk bukan doctor, macam mana dia nak tau orang tu ada penyakit atau tak kan? Hehe thanks untuk respon korang pada  entri ni, Actually banyak fakta mengatakan yang nyamuk suka menghisap darah orang yang suka makan pisang! Eh betul ke? Adakah sebab pisang banyak khasiat? Ni masih dalam keraguan aku, ada jawapan?



Ada juga fakta mengatakan nyamuk lebih cenderung untuk menghisap darah orang yang memakai baju hitam! Menurut Jonathan Day, profesor bidang medical entomology dari University of Florida "Nyamuk adalah binatang yang sangat visual, terutama begitu menjelang malam. Mereka biasanya akan mencari orang-orang yang berpakaian warna gelap, seperti hitam, biru tua, dan merah, biasanya akan jadi target utama
ceyhwahhh. sape 2 Jonathan Day pun aku tak kenal!. Hahaha belasah je la.



Selain tu, nyamuk juga suka darah dari manusia yang memiliki suhu tubuh lebih hangat, seperti orang berbadan gemuk atau wanita hamil!
Hahaha ni memang fakta yang hebat!. sebabnye orang gemuk ni banyak lemak. So ko pegi la gigit dorang.  aku ni badan macam skeleton pun ko nak gigit ke huh?!. HAHAHA. bagi wanita yang hamil pulak memang menangis la korang nanti. Seb baek aku laki. mane boleh hamil. Hihihi


Satu lagi fakta menarik mengapa nyamuk suka darah manusia adalah Zat Nonanal : "Nonanal merupakan zat yang diproduksi tubuh manusia dan burung yang mengeluarkan aroma cukup kuat untuk menarik perhatian nyamuk"


Apa penyakit yang dibawa nyamuk ni?
yang ni sumber dari internet la.. heeee


Kenapa rasa gatal selepas digigit nyamuk? 

Alright, ia disebabkan semasa nyamuk mengigit manusia sebelum menghisap darah kita, ia mengeluarkan air liurnya (yang bertindak sebagai anti-coagulant) terlebih dahulu untuk mengelakkan darah yang hendak dihisap itu menjadi beku! Lalu air liur nyamuk ini menyebabkan alergi pada tubuh lalu menghasilkan histamin, sebab tu la kita rasa gatal selepas kena gigit.


Batal tak wuduk kalau terkena darah nyamuk?

"Jika Anda terkena darah nyamuk setelah anda berwudhu, anda tidak perlu mengulangi wudhu anda lagi kerana wudhu anda tidak batal. Para ulama berpendapat bahawa darah nyamuk, darah lalat ataupun darah kutu tidak membatalkan wudhu, kerana bangkainya suci dan termasuk najis yang dimaafkan.


heeee tak ku sangka nyamuk yang sekecik banyak jugak kelebihan die. tapi kelebihan die terbatas. hihihi nyamuk oh nyamuk!. aku boleh jadi giler la kalau kau tiap2 malam asyik gigit aku je. Huhuhu.. hmm okeyh la.. next entri!.

Assalamualaikum..

Saturday, 15 October 2011

Duit Oh Duit !!!

 kalaulah ini semua aku yang punye..heeeee



Assalamualaikum..


haaa korang rase2kan penah dengar tak perkataan DUIT???. ambik kau siap caps lock lagi! hahaha. kalau tak penah dengar memang kau manusia paling ketinggalan zaman kat abad ni. HAHAHA. entah2 lahir zaman BATU kot. coz memang ketinggalan zaman pun kalau nak dikirakan sekarang ni. weheeee. kenapa aku cakap macam 2 huh?! maybe mase dorang buat perniagaan dorang guna batu kot sebagai wang penghantaraan. Opsssss!!!. mulut aku memang tak ade insurans. haaahaha!!! (gelak besar konon)


hmmm kalau nak diceritakn pasal duit ni lah kan. bile kite keluarkan pasal bab2 duit ni msti akan kluar simbol ni kat mate orang. tak percaye??. nak tau ke??. mesti la simbol ni haa = $$$$..


tapi lah kan kalau korang cube tanye aku kn. aku akan bagi 2 simbol ni je. apesal  semua orang satu simbol je yang aku ni sampai dua pulak huh?! heee meh tengok jawapan ape yang aku nak kasi kat korang..
kalau korang tanye aku pasal duit ni lah kan simbol yang aku akan kasi kat korang cume ni je haa..(cepat la trhegeh2 la) hihihi

1st sekali simbol ni : !!!! = kenapa keluar simbol ni eyh??. sebabnye aku bengang la duit ni kuar macam air kat rumah aku. laju je keluarnye. slow2 dah la. huhuhu..
yang 2nd pulak simbolnye adelah : ???? = haa ni lagi la pelik bunyinye. hahaha tanda seru sebab aku penah jugak terfikir macam ner nak cari duit dengan goyang kaki kat rumah jep. HAHAHA..
*kau ingat duit boleh jatuh bergolek2 kat depan mate ko huh!! jangan nak mimpi lah. huhuhuhu

hmm 2 je la yang aku mampu detailkn ciri2 pasal duit kalau orang tanye aku nti. huhuhu


ok2 ni laen pulak citernye. baru2 ni aku ade buat spek mate baru gitu. wahhhh happy kau ye incik ridzuan. kau tak tau dalam kau tengah bahagia2 dapat spek baru ade kesempitan yang kau kene lalui jap lagi. aidussshhhh.. kira2 budget aku dalam RM 300 JE. tapi bile tauke 2 buat calculation siap substotal lagi. perghhh mau pengsan aku duaratuspatjam kat situ. harganye dirahsiakan ye. tapi memang lari nak mati betol2 dari budget yang aku sangkakan..


"heiii tauke lu mau kasi wa mati cepat ka?! manyak mahal lorh u punye barang. kasi murah sikit la."

ni kire aku tengah berunding2 dengan die la ni. orang cina memang payah nak ajak berunding. sekali kan ape die jawap??..

"okey laa lu punye pasal wa bagi lu 10 pelsen liskaun??.

aku pun alhamdulillah. dapat jugak diskaun daripada langsung tak dapat kan. menangis aku nak bayarnye. then ayah aku cakap.
'' bayar je la dik bukan untuk orang laen untuk kau jugakkan. nanti mase kat sane belajar elok2 jangan asyik nak enjoy je". terharu aku bile dengar ayah cakap macam 2. huhuhu  Hmmm terpakse la aku mengorek duit simpanan yang aku kumpul selame aku berkerje ni haa. huuuuu




 taraa, inilah spek yang aq maksudkn tu..
rupa sebenar dirahsiakan ye. bluekkkk!!!



bila nak difikir2kan balik memang poning kopalo den nak memikirkan pasal duit ni. sebabnye otak aku tengah nak set untuk belajar. belum sedia lagi kot nak fikir2kan pasal duit ni. aku keje ni pun sebab nak hilangkan rase bosan and nak kumpul duit untuk belajar nanti..


then, 

alhamdulillah banyak jugak la yang aku dah berjaya kumpul setakat ni. weheeee jangan sebok nak tanye berape banyak okey?! hahaha rahsia lagi la..



see??. tengok la muka aku yang memang dah cukup2 penat dengan berkerja je..
Huhuhuhu *tak ape lagi 2minggu kot. hahaha




ayah, mak, along, angah, abanglang, abangteh,.. adik janji akan belajar sungguh2 kat sane nanti. nak belajar sampai masuk Universiti macam angah. lepas 2 boleh bawak mak and ayah pergi Mekah satu hari nanti. insyaallah. huuuhuhuhu..
okeylah ye the end kot entri kali ni.. bubye semua
assalamualaikum.. Heeeeeeeeeeee

Monday, 10 October 2011

adakah kita tergolong sme???...

CARA RASULULLAH S.A.W MENJAGA KESIHATAN DIRI
 





assalamualaikum. arini aq nk share skit tentang entri kli ni..hope kornag sudi bace smpai habis eyh.. weheeee..  

SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.

Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN


Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)

TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN


Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.

Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

GEMAR BERJALAN KAKI


Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

TIDAK PEMARAH

Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.

Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.

OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA


Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.

TIDAK PERNAH IRI HATI

Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

PEMAAF

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.

Semua orang pn tau bkan senang nak jdi pemaaf ni. even pn kte kadang2 kne ade alasan yg kuat bru boleh kte maafkan seseornag 2. .tp Rasulullah memaafkan seseornang 2 tnpa sebarang alasan wlaupun dosanya sebesar zarah..

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.

"BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat rasulullah.. semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.."-)

Wednesday, 5 October 2011

new LAUNCH TOM YAM CRUNCH..

assalamualaikum semua..
berjumpa kita lg di post kli ni..hahahaha..
arini nk share kt smua pengemar KFC yee..


heee esk tanggal 6 OKTOBER 2011..KFC ade launching yg terbaru..ape eyh??..
dh terang lgi bersuluh aq dh bgtau kt title blog kli ni..
klu ko blurr jgk..baek korang g hospital cpat2 eyh..hahaha
TOM YAM CRUNCH..mmg sedapppp woiiiiii!!!
tp lg pedas skit la dri HOT n SPICY yg lme pnye..


ceyhh jgn jealous tau..cz aq dh rasmikn dlu ayam tomyam 2..hahaha..so lpas ni ayam hot n spicy dihentikan keluarannye wt seketika waktu..mybe dlm 3 bulan je..xlme pn..so lpas ni jgn tnye lgi kt aq eyh..HAHAHA..


n ade lgi!!! start esk jgk smua price yg trlibat ngan KFC pn naek jgk tau...huhuhu..kopak la korang smua nti..HAHAHA..
so aq suggest kt spe yg xde duit 2 xpyh la nk membazir2 eyh..
klu nk mintak kt aq je..aq bg FREE..hahaha..tp ade syarat tau..
syaratnye blh dibincang kemudian..heeee..


nk tgk x TOM YAM CRUNCH????..






hahaha!!! nk tau sedap ke x..try dlu eyh..


RM 10.60 klu xsilap aq lh..heeee..


heee..terliur x post aq ni??..hahaha meyh la kte pakat beramai2 ke KFC esk eyh..
weheeee..
okeyh22 next entry ye korang...
assalamualaikum...

Saturday, 1 October 2011

amalkan jika anda mahu..heee

KELEBIHAN SETIAP SURAH DI DALAM AL-QURAN

1. Surah Ibrahim – Ayat 32 - 34 :- 
Baca nescaya anak-anak akan terhindar dari syirik dan bidaah.

2. Surah Al Hijr – Ayat 97 – 99 :-
Baca pada wanita yang selalu keguguran, nescaya kandungan akan selamat.

3. Surah Al Isra – Ayat 45 - 46 :-
Baca untuk pendinding diri dari kejahatan manusia.

4. Surah Al Kahf :-
 Baca surah ini setiap malam Jumaat, dimurahkan rezeki.

5. Surah Maryam :-
Nescaya mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.

6. Surah Thaha :-
Allah akan kurniakan ilmu pengetahuan dan tercapai segala maksud.

7. Surah Thaha – Ayat 25 - 28 :-
Baca 21 kali setiap solat Subuh, nescaya otak akan cerdas dan akal sempurna.

8. Surah Thaha – Ayat 39 :-
Baca untuk kerukunan rumahtangga dan hubungan suami isteri.

9. Surah Al Anbia – Ayat 83 :-
Baca nescaya mendapat sebesar-besar pangkat disisi Allah.

10. Surah Al Hajj :-
Allah akan binasakan musuh-musuhnya.

11. Surah Al Mu’Minun :-
Baca dalam air beri minum pada orang yang minum minuman keras, nescaya berhenti minum.

12. Surah Al Mu’Minun – Ayat 28 :-
Perahu selamat dari karam dan rumahnya akan selamat dari kecurian dan dari serangan musuh.

13. Surah An Nur :-
Baca nescaya terhindar dari mimpi-mimpi buruk.

14. Surah An Nur – Ayat 35 :-
Baca setiap hari Jumaat sebelum solat Asar, nescaya disegani oleh orang ramai.

15. Surah Al Furqan :-
Baca 3 kali dalam air dan percikkan dalam rumah, nescaya selamat dari gangguan binatang liar dan ular.