''Sesungguhnya seorang lelaki itu berharta bila dia zuhud di dunia, dan sesungguhnya seorang itu adalah fakir bila dia gemar pada dunia.''-SUFFIAN AS THAURI-

Monday, 30 January 2012

sedihnyer aku.... huuuuuhuhu

Assalamualaikum

haiiii semua. rasenyer dah berbulan2 aku tak post dekat MR incik Gula ni. sedih betol incik gula ni hari2 die tunggu aku, 'bila la kau nak kasi aku makan'. soryyyy aku agak buzy sikit. bila dah jadi student ni macam2 nak kena buat. 

* test
* exam
* koko
* assignment macam gunung.
* group discussion lagi.
* merayau satu pekan IPOH. hahahaha


hari2 benda yang berlainan2 yang harus aku buat. huhuhuhu tapi aku kira beruntung jugak la. time aku ade masalah. mesti Gula2 hati aku bagi semangat. heee so daripada lemah terus jadi bersemangat sikit. hmmm okay la, nanti kita jumpa lagi eyh. encik assignment dah berderet2 beratur nak tunggu giliran. huuuu



yang pakai spek kat sebelah aku 2 kembar aku yang lame terpisah. huhuhuhuhahahaha




bubye semua. Assalamualaikum. <3

Saturday, 14 January 2012

Sunnah Rasulullah.

Amalan Sunnah Sebelum Tidur

1 ) Bersihkan Tempat Tidur
2 ) Letak Tangan Kanan Di Bawah Pipi Kanan Ketika Tidur
3 ) Tutup Bekas Air yang terbuka Walau dengan Sebatang Kayu


Banyak amalan sunnah yang diajar oleh Junjungan besar Nabi Muhammad SAW kepada kita. Namun ini sebahagian amalan yang boleh dikongsi sebelum mata saya terlelap.

 1 )     Nabi SAW memberi peringatan agar dibersihkan tempat tidur kita. Ini berdasarkan hadis dari Abu Hurairah dia berkata Nabi SAW bersabda :


” Jika seseorang kalian pergi ke katil tidurnya, hendaklah ia mengibas atau membersihkan katilnya dengan bahagian dalam sarungnya, kerana dia tidak mengetahui apa yang ada di sebalik katilnya. Setelah itu ia berdoa ” Dengan nama-Mu, wahai Rabbku, aku letakkan badanku, dan dengan nama-Mu pua aku bangkit kembali, dan Jika Engkau tahan jiwaku, maka rahmatilah ia. Jika engkau biarkan lepas, maka jagalah ia sebagaimana Engkau menjaga jiwa-jiwa hambaMu yang soleh.”\


Hadis riwayat al-Bukhari no. 6320, Muslim no. 2714.

2 )     Jika hendak baring tidur, banyak caranya. Antaranya yang disunnahkan adalah dengan meletakkan tangan kanan di bawah pipi kanan Ketika Tidur
Imam an-Nasai’e  dengan sanad yang sahih, juga disebut oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad dan dihurai panjang oleh Imam Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fathul Bari meriwayatkan dari al-Barra’  :

 ” Apabila Nabi SAW hendak tidur malam, beliau meletakkan tangannya yang kanan di bawah pipinya yang kanan lalu berdoa : Ya Allah, lindungilah aku dari azabMu pada hari ketika Engkau membangkitkan hamba-hambaMu”.


3 )     Menutup bekas air yang terbuka

Kita disarankan menutup bekas air yang terbuka. Walaupun dengan sebatang kayu. Ini dijelaskan oleh Imam Muslim bahawasanya Rasulullah SAW bersabda :

“Tutuplah semua bejana dan ikatlah kantung-kantung penyimpan air. Kerana sesungguhnya, dalam setahun terdapat satu malam (yang saat itu) diturunkan wabak penyakit ke dalam bejana. Tidaklah wabak itu mengenai bejana yang ditutupi atau kantung-kantung penyimpan air yang tidak diikat, melainkan wabak penyakit masuk kedalamnya”

Dalam satu riwayat lagi menerangkan ” Jika tidak mendapatkan sesuatu untuk menutupi bejana kalian, melainkan menggunakan kayu, lalu kamu membaca basmalah, maka lakukanlah.”
Imam Ibnu Qayyim dalam Zaad al-Maad menghuraikan maksud walaupun dengan kayu adalah berkemungkinan jika terdapat binatang yang terjatuh boleh terhalang dengan kayu tersebut dan boleh juga serangga itu berjalan diatas kayu yang diletakkan.


Okay…Sunnah yang simple untuk malam ini…bersama Kita amalkan…Wassalam

Tuesday, 10 January 2012

(LDR) Long Distance Relationship???

Assalamualaikum 
buat yang beragama Islam dan selamat sejahtera untuk yang bukan beragama Islam

LDR aka Long Distance Relationship or Percintaan Jarak Jauh adalah satu percintaan yang paling susah sekali. Ramai yang ngeri mendengar terma ini. Yalah LDR ini selalu bertemu kegagalan di tengah jalan. Tapi bukan semua kalau kau tahu "Do's and don'ts" dalam LDR.

Apa Do's and Dont's yang perlu kau tahu dalam LDR? Kalau kau tanya encik google, beribu link diberi untuk memberi panduan pada kau, Dan mungkin kalau kau cari lagi, link Terfaktab turut tersenarai.

DO'S

1. Kuat 

Kuat di sini bermaksud kuat dari segi emosi. Ketika ini kau akan rasa hati kau berperang dengan akal. Hati - hati terutama bila kau seorang pelajar. Jangan hilang fokus. Jangan bawa masalah cinta dengan belajar. Jangan biarkan rasa rindu pada si isteri yang jauh menggangu tumpuan kau ketika belajar. Cakap mudah, bagaimana aku implimentasi kan kata-kata aku ini? Sibukkan diri kau dengan kerja. Basuh pinggan, basuh rumah, basuh bilik, makan, baca buku, tidur. Jangan 24 jam kau menghadap Facebook untuk stalk isi hati kau. Belum tentu kau stalk dia, kau tahu dia curang ataupun tidak.


2. Bersahabat dengan sahabat si dia. AKA pasang spy.

Bukan untuk mengongkong. Tapi untuk tahu perkembangan terkini. Lagi - lagi lelaki kau tu. Kalau ada apa-apa suka sangat berahsia. Kita yang lelaki kadang-kadang bukan apa, risau dengan orang jauh. Sakit ke, tak makan ke, ponteng ke, mula bergaul bebas ke? Risau faham? Aku dah nampak ada yang berkata "Alah,sama jugak macam mengongkong!". Baiklah. Terserah apa kata kau tentang termanya. Bagi aku adat bercinta. Pasti ada sedikit perasaan nak mengongkong, Tak banyak. Sedikit pasti ada. Tipu kalau ada yang kata "Aku biarkan kekasih aku buat apa yang dia nak buat, asal dia bahagia, walau aku sakit hati". Kalau ada yang begitu, jumpa aku. kita pergi makan-makan. Kau belanja guna duit kau.


3. Jaga komunikasi

Bagi aku, LDR bukan alasan untuk kau buang masa Skype hari-hari. Ingat, kau ada tanggungjawab lain. Kalau yang sama negera, berbeza tempat, bukan alasan untuk kau menghabiskan duit kau untuk topup dan bergayut sepanjang masa. Ada masa kita boleh berbual. Ada masa kita perlu beri ruang untuk kekasih kita lakukan benda lain. Ingat. Kekasih bukan hak milik kau. Kau tak ada hak mutlak untuk arahkan kekasih kau buat apa kau nak melainkan kekasih kau memang setuju untuk ikut arahan kau.



4. Percaya dan sabar

Kepercayaan dan kesabaran adalah sangat penting dalam sesebuah perhubungan. Tak kira lah perhubungan jarak dekat ataupun jarak jauh. Tak kisah la korang dah kahwin ataupun tidak. Cuma perhubungan jarak jauh ini memerlukan kepercayaan dan kesabaran yang sangat tinggi. Aku ulang. SANGAT TINGGI. Kalau kau rasa kau tak mampu, jangan teruskan. Kau akan makan diri. Tapi kalau kau betul percaya, sabar, teruskan. Dia mungkin teman kau di syurga kelak. InsyaAllah. Bagaimana nak pastikan kita boleh percaya dia atau tidak. Mudah. Allah katakan, apabila perlu buat pilihan, buat apa? Pandai anak-anak sekalian. Istikharah adalah jalan terbaik. Aku tak perlu nyanyikan lagu Istikharah Cinta nyanyian Sigma bukan?


5. Jujur dan persefahaman

Do's yang kelima ini mempengaruhi do's yang keempat. Jangan takut untuk jujur. Walaupun pahit. Jangan simpan perasaan. Apa guna Allah sediakan pasangan kalau bukan salah satu fungsinya adalah untuk menjadi bahu ketiga kita. Eh, yang belum berkahwin, jangan kau gatal-gatal letak tangan atau apa sahaja lapisan kulit kau pada bahu kekasih kau. Berdosa. Tapi tak salah kan bercerita. Sedikit sebanyak kurang lah bebanan itu. 
Tapi, sebaik-baik tempat mengadu itu Allah. Percaya aku, kau cerita A-Z pada Dia, kau akan puas.


6. Ingat tarikh-tarikh penting

Nama lagi tarikh penting. Haruslah orang yang special tu merajuk kalau kau tak ingat hari lahirnya. Dan jangan lupa juga peristiwa manis yang kau berdua lalui sama-sama. Pasti kau senyum sendiri bila bayangkan gaya dia bercerita tentang kenangan indah kau berdua. Macam aku, kami selalu tujukan lagu, raikan ulangtahun bulanan walau sekadar ucapan pendek, itu sudah cukup.


7. Doa dan tawakkal

Ini adalah apa yang orang kata "wrapper" kepada segala usaha yang telah kau lakukan seperti di atas. Doa, solat hajat minta Allah jaga si dia untuk kita. InsyaAllah kalau dah jodoh, tak lari gunung di kejar. Yang penting, kita kena berusaha. Selepas berusaha, kita tawakkal, mudah-mudahan, segala usaha kita Allah nampak.

Setiap perkara mesti ada do's and don'ts. Termasuk lah dalam LDR ni, banyak benda yang kita perlu buat dan banyak juga benda yang kita tak patut buat. 

Don'ts

1. Cemburu buta

Ini bahaya. Paling bahaya. Silap hari bulan perang dunia yang ke berapa entah akan meletus. Ok. Cemburu tak apa. Jangan cembura mengkhinzir buta. Nampak si perempuan berbalas komen dengan kawan lelaki, terus merajuk tak nak kawan dua hari. Most of the time, perasaan cemburu adalah punca daripada kekurangan perasaan percaya kepada pasangan masing-masing. Dengan kata lain, perasaan insecure.
Seperti yang kita tahu, cemburu kan tanda sayang. Tapi jangan lah lebih had. Lelaki rimas perempuan  yang kuat cemburu tau. Aku tak tipu.


2. Terlalu berharap

Ini juga bahaya bagi yang belum kahwin. Sepetutnya, anda yang belum kahwin perlu lah play it cool. Biasa-biasa sahaja. Jangan terlampau take for granted. Sentiasa bersedia untuk kehilangan. Tapi jangan lupa untuk bina tembok kesabaran dan kesetiaan antara both of you guys. And then tawakkal lah agar Allah beri yang terbaik buat kau berdua. Dan moga-moga, korang cepat kahwin. Dengan kata lain, kau tak kan tertekan sangat kalau takdir berkata yang dia adalah bukan untuk kau. *Don'ts ini boleh diaplikasi juga untuk SDR*


3. Berahsia dan berbohong

Rujuk semula Do's nombor 5. Apa yang kau akan dapat kalau kau tetap ingkar arahan Don'ts ini? Sakit. Percaya cakap aku. Sakit dia lebih sakit dari pisau terhiris dekat tangan. Jangan berahsia, jangan berbohong. Kalau anda dah berubah hati, bagi tahu dia. Jangan buat dia tergantung tak bertali. Setiap benda boleh diubah. Perasaan boleh dipupuk. Setiap masalah ada jalan pelenyelesaiannya.


4. Percaya khabar angin

Ramai je orang yang benci dengan diri kau. Well, the fact is setiap orang memang akan ada haters yang tersendiri. Tak ada punya lah orang yang tak ada haters. Dan haters tu pulak, memang mustahillah nak duduk diam. So, apa yang dieorang buat? Dieorang akan buat apa je untuk merosakkan hubungan korang berdua termasukkalah menyebarkan fitnah. So, bila dapat sesuatu berita kurang enak tentang kekasih kau tu, siasat. Jangan terus serang. Kadang-kadang ada orang mahu jadi batu api. Manusia zaman sekarang, sukar ditafsir.


5. Curang

Mentang-mentang kekasih kau jauh di mata, kau pasang lain. Kalau kau rasa kau tak boleh setia, lepaskan dia. Jangan gantung dan buat don'ts nombor 3. Berterus terang lebih kurang sakitnya daripada kau berbohong.


6. Fikir negatif

Bila kita rasa insecure, kita akan start berfikiran secara negatif. Kita sering disogok yang LDR takkan pernah menjadi. Mereka tipu. Ada yang LDR dan berkahwin dan sekarang anak dah empat. Kau kena positif dalam apa sahaja yang kau laukan. LDR  atau apa sahaja akan berhasil kalau kau tahu cara mengendalikannya


7. Lupa berdoa.

Allah tahu apa yang terbaik. Jadi doa minta Allah satukan kau berdua walau susah macam mana pun dugaan yang kau orang terpaksa hadapi. Allah duga kau sebab Dia sayang, sebab Dia tahu tahap mana kemampuan kau bertahan.

Aku rasa cukup sudah 7 Do's and Don'ts untuk LDR ini.

Tak semestinya apa yang aku katakan ini betul. Ini adalah bicara melalui pengalaman. Kalau suka, kau boleh ambil, kalau tak lupakan. Allah juga yang tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.




Itu sahaja kot. Terima kasih kerana sudi membaca :)


*************************

Semoga kita semua cepat sampai jodoh. And tak buat LDR lama-lama.

Sunday, 8 January 2012

welcome back!!!!

Assalamualaikum....


wahhhhh lamenye cik gula tak berkarya kat sini ye. huhuhu dah masuk tahun baru pun. now ni entri yang pertama 2012. heeee sorry coz buzy sikit dengan study. macam2 benda yang nak kene buat. assignment lagi, koko. huhuhu sungguh meletihkan. jadual pun sungguh pack!!! start pukul 8 sampai kul 6 petang. terbaikk lah!!!



heeee sekarang ni aku pun dah mulai sesuaikan diri kat ipoh ni. weheee ramai jugak dapat kawan. heee harap2 aku boleh bertahan lebih lama kat sini. sebab kalau tak dapat bertahan memang akan tukar tempat je. paling dekat pun dengan Shah Alam je. boleh balik rumah tiap2 minggu. weheeee



okay next week adalah minggu yang paling memenatkan. huhuhu koko lagi. perghhhh best lah. heeee lagi2 pelatihnya askar. mau pengsan la nanti kena regging. huhuhuhu


muka tengah letih. wuhuuuuuu


heee actually ade lagi gambar. malas nak upload banyak2. heeeee


ade lagi gambar. relax dulu. heeee aku nak tunjuk kat korang gambar kat kelas kesukaan aku. jeng jeng jeng!!! kelas bengkel la. weheee kelas ni tiap ari jumaat je. 4 jam dari kul 8 sampai kul 12. huhuhu lepas abis kelas terus pegi sembahyang jumaat. then lepas 2 ade kelas lagi. dah macam robot dah aku ni. huhuhu

haaa ni setiausaha kelas aku. HAIRI. heeee

jeng!!! night vision. heee ni AMIN
ceyhhh ni time pilihan raya kampus. hahaha

hahaha ade gaya tak????


weheeee dah masuk study ni aku kene rajin sikit. coz ni akan menentukan masa depan aku. heeee so usaha tangga kejayaan. hehehe okay lah sampai sini je yang aku boleh share dengan korang semua. heee nanti kalau ade masa lapang kita jumpa lagi di entri yang seterusnya eyh..

bubye uall. weheee ASSALAMUALAIKUM. <3 <3 <3