''Sesungguhnya seorang lelaki itu berharta bila dia zuhud di dunia, dan sesungguhnya seorang itu adalah fakir bila dia gemar pada dunia.''-SUFFIAN AS THAURI-

Saturday, 3 November 2012

Selamat Hari Lahir Angah.

Assalamualaikum.


3 November 1984 lahirlah seorang puteri kedua Musa dan Salbiah yang diberi nama Noor Sheilawaty. kini beliau sudah pun mencecah 28 tahun. Seorang kakak yang bertanggungjawab dalam keluarganya, menjadi tulang belakang keluarga tak kira susah mahupun senang. sungguh bertuah aku mendapat seeorang kakak yang baik dengan adik2 dan kakak sulung nye. Adik doakan angah semoga dilimpahkan rezeki dan dipanjangkan umur. Adik sayang angah.


nilah kakak saya yang comel. heee

Friday, 2 November 2012

ikhlas dari hatiku.

Senyumanmu tidak memberi sebarang bebanan kepadamu tetapi memberi makna yang indah kepada diriku.
Bantulah aku untuk melangkah, seandainya dia benar
milikku yang telah Engkau tetapkan di Luh Mahfuz,
seandainya juga dia baik untuk agamaku,
kehidupanku, dan kesudahan urusan samada cepat
atau lambat, takdirkan dia untukku,
permudahkanlah serta berkatilah dia untukku, tolong
jagakan dia Ya Allah.


Namun, jika sebaliknya Ya Allah.. Engkau redhailah
hatiku, Engkau jauhkanlah aku daripadanya dan
jauhkanlah dia daripadaku, Engkau buangkanlah jua
segala rasa yang mungkin timbul ini Ya Allah.



Monday, 29 October 2012

Sabar Itu Separuh Dari Iman

"Demi sesungguhnya ! kami akan menguji kamu  dengan sedikit perasaan takut, kelaparan, kekurangan dari harta benda, jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila mereka ditimpa musibah, mereka berkata :

"Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari tuhan mereka serta rahmatNya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat hidayah"
(Surah al-Baqarah 155-157)



Belajar DIAM dari banyaknya BICARA,
Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN,
Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG,
Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN,
Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN,
Belajar TAWAKKAL dari UJIAN,
Belajar REDHA dari satu KETENTUAN.

Thursday, 25 October 2012

Iktibar Pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.

Hari Raya korban atau Hari Raya Haji dikaitkan dengan peristiwa pengorbanan dua insan mulia Nabi Allah Ibrahim dan anaknya Nabi Allah Ismail di dalam mentaati perintah Allah Ta'ala.

Dari peristiwa tersebut, dapatlah kita mengambil pengajaran tentang contoh ketaatan seorang anak yang soleh terhadap ayahnya. Dalam hal ini, sebagai anak sudah menjadi kewajipan kita untuk mentaati, menghormati, mengasihi dan menjaga ibu bapa. Kita perlu ingat bahawa ibu bapa adalah orang yang telah banyak bersusah payah demi memelihara dan membesarkan kita. Mereka rela mengorbankan tenaga, masa, wang ringgit dan kepentingan sendiri demi keselesaan dan kebahagiaan anak-anak.

Namun apa yang mendukacitakan terdapat segelintir anak-anak yang tidak menghormati ibu bapa mereka. Mereka tidak boleh ditegur bahkan melawan dan membantah dan tidak mahu menerima nasihat. Bahkan ada yang sanggup menembak ibunya walaupun baru berusia 15 tahun .Inikah balasan yang sepatutnya diterima oleh ibu bapa yang telah bersusah payah memelihara dan membesarkannya? Allah Subhanahu Wata'ala telah mengingatkan dalam Al-Qur'an dalam Surah Al Israa' ayat 23 yang bermaksud :
"Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-dua sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan kamu dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka sebarang perkataan kasar sekalipun perkataan 'ah' dan janganlah engkau menengking menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia ”

Jika kita amat-amati kembali tentang ketaatan Nabi Ismail Alaihissalam terhadap ayahandanya, tidak dapat diragukan lagi ianya adalah hasil dari didikan yang teratur dan sempurna. Oleh itu, pendidikan yang sempurna amat mustahak diberikan kepada anak-anak. Dalam hal ini, agama Islam telah menganjurkan umatnya supaya menerapkan ilmu agama kepada anak-anak sejak mereka dalam kandungan lagi di mana ibu-ibu yang mengandung digalakkan untuk membaca ayat-ayat suci Al-Qur'an sebagai didikan rohani kepada anak-anak dalam kandungan itu. Setelah dilahirkan pula, sunat diazankan pada telinga kanan dan iqamah pada telinga kiri anak-anak tersebut.Setelah itu ajarkanlah anak-anak dengan ilmu agama di samping ilmu-ilmu pengetahuan yang lain. Dan didiklah mereka dengan akhlak yang mulia kerana ia akan membentuk peribadi dan tingkah laku mereka setelah dewasa kelak. Jika jiwa anak-anak ini telah dididik dan tersemai dengan ajaran agama Islam yang kuat, insya Allah mereka akan menjadi orang yang beriman, cinta pada Allah dan Rasul-Nya, menjadi anak yang soleh, berbakti kepada agama, ibu bapa, masyarakat dan negara serta mendapat kejayaan hidup di dunia dan di akhirat. Inilah hasrat kita setiap ibu bapa terhadap anak-anak kita .

Oleh itu adalah amat penting supaya ibu bapa sentiasa mengambil perhatian terhadap anak-anak mereka tanpa membiarkannya. Jika terdapat tingkah laku dan kelakuan yang tidak wajar apatah lagi jika bertentangan dengan lunas-lunas agama Islam, maka perbaiki dan perbetulkanlah dari awal-awal lagi dan jangan menunggu sehingga masalah itu menjadi besar dan berat serta sukar untuk ditangani.Dalam hal ini, jika ibu bapa mendapati anak-anak mereka leka dan lalai dalam mentaati perintah Allah seperti tidak solat , tidak menutup aurat, tidak menghormati orang tua dan sebagainya atau anak-anak itu membuat perkara yang dilarang oleh agama seperti pergaulan bebas, berpakaian mendedahkan aurat, mewarnakan rambut, terlibat dengan gejala dadah dan sebagainya, maka ibu bapa adalah bertanggungjawab untuk menegur, melarang, mencegah, menasihati dan mendidik anak-anak mereka dan tidak sepatutnya membiarkannya. Ingat dan renungkan Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
Tiga golongan yang telah Allah haramkan baginya syurga , orang yang ketagih arak , si penderhaka kepada ibubapa dan si dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya (Riwayat Ahmad).

Hayatilah dan ambillah iktibar dari peristiwa besar ini dan jangan mencari terlampau banyak alasan untuk melakukan ketaatan terhadap perintah Allah. Contohilah kedua-dua insan mulia ini yang sanggup melaksanakan perintah Allah walaupun terpaksa mengorbankan sesuatu yang amat disayangi. Kepada Ibu Bapa didiklah anak-anak mengikut lunas agama agar lahir nanti anak yang menyejukkan mata ibubapanya dan kepada anak-anak hargailah ibubapa serta jangan sekali-kali derhaka , ingatlah jasa ibubapa tiada taranya.

Monday, 6 August 2012

Sijil SPM korang hilang???????

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Hai semua. Macam mana puasa? Pejam celik pejam celik lagi berapa hari ja kita semua dah nak raya. Persiapan raya dah siap ke? Mesti dah kan? Paling paling pun mesti baju tu dah siap tempah kan? Maklum la. Awal awal puasa ritu pun banyak Tailor yg dah tutup tempahan raya kan. hehe So, kena la tempah awal.

Eh, tajuk pasal lain cerita pasal lain pulak. Saya ade terbaca post satu blog ni, harap korang semua alert yee. Dalam semangat nak sambut raya ni, bagi pelajar-pelajar lepasan Matrikulasi sesi 2011/2012 tu. Konfom la busy jugak nak buat persiapan untuk masuk U bulan 9 ni kan?  Nasib baik semak awal segala benda yang diperlukan untuk masuk U ni. Adik adik yang nak amik SPM tahun ni or yang dah amik tahun lepas tu.. Kalau dah amik sijil original dari sekolah tu, mohon korang simpan elok2, tidak susah nanti tak ade yang original.. Rasa mcm tak lengkap pulak.. huhu

Ok lah. Hanya ada dua cara untuk korang dapatkan salinan sijil korang.

Cara Pertama :-

Ambil sendiri di ibu pejabat Lembaga Peperiksaan di alamat :


Blok E 11, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Presint 1
62604 Putrajaya
Tel : 03-88843526/3528
Isnin - Khamis : 8.30 pg - 4.30 ptg
Jumaat : 8.30 pg - 12 tgh hri / 2.45 ptg- 4.30 ptg

Kalau korang pilih untuk ambil sendiri dekat ibu pejabat Lembaga Peperiksaan, permohonan korang akan disiapkan dalam masa Satu Jam sahaja.. Korang akan dicaj RM10 bagi satu salinan. Make sure korang bawak segala maklumat yang diperlukan macam IC korang dengan SLIP SPM korang.

Cara Kedua :-

Melalui pos. Cara ni senang sikit bagi yang duduk jauh dengan putrajaya kan. Korang kena download borang LP dekat sini > BORANG LP

Lepas dah isi semua kat dalam borang tu korang kena sediakan wang pos bernilai RM10 untuk setiap salinan. Pastikan wang pos tu diletakkan atas nama Pengarah Peperiksaan dan sertakan bersama salinan IC korang dan Slip SPM. Then korang boleh la pos ke alamat :


Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Blok E 11, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Presint 1
62604 Putrajaya
(up: Unit Kecil Sijil)
 Korang dinasihatkan menggunakan Pos Laju sebab korang akan dapat salinan sijil korang 7 hari selepas borang yang korang isi sampai kepada mereka. Haa, diorang pos kat kita pun pakai Pos Laju tau. So, jgn risau, mmg tepat masa sampai kt kita...

Yang ni untuk yang hilang Sijil SPM. Kalau Sijil STPM  yg hilang korang kena bukak dekat web MPM ( Salinan Sijil STPM ) Korang kena caj RM50. Baca la cara-cara dia kat situ okay.

Ada jugak kan yg hilang Sijil MUET? Kalau hilang Sijil Muet pun kena pergi dekat web MPM, tapi yg bahagian MUET la ( Salinan Sijil MUET ) untuk MUET, korang kena caj RM 20 utk kali pertama,  RM30 kali kedua dan RM50 utk yg seterusnya.

Itu sahaja.. Hope korang dapatlah serba sikit maklumat mengenai kehilangan sijil-sijil penting ni ye.


Thanks for reading.
Assalamualaikum.

Wednesday, 4 July 2012

Debat Ustaz VS Gadis Liberal.

Assalamualaikum

harini saya nak kongsi sedikit sebanyak ilmu yang saya dapat kepada anda semua. 







Isu Aurat – Debat Ustaz vs Gadis Liberal



Gadis Liberal :
“Salam ustaz…..sorry for disturbing you…I just want to ask something from you…!!”

Ustaz :
“Ok silakan……what you want to know…”

Gadis Liberal :
“Ustaz it is true……perempuan tak menutup aurat ni jahat….?

Ustaz :
“Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup aurat tu….memang jahat la kerana tak patuh perintah Allah.!!

Gadis Liberal :
“No no no ustaz you ‘re really wrong……pakaian tak melambangkan perangai dan tingkahlaku….kalau ustaz nak tahu….ramai wanita yang pakai tudung labuh nampak aje sopan…tetapi sebenarnya mereka nilah yang berperangai jahat…mereka hanya berselindung di sebalik tudung mereka…. Tu hipokrit namanya ustaz…..”

Ustaz :
“Sekurang –kurang nya mereka menutup aurat….dosa tidak menutup aurat adalah termasuk di dalam dosa besar kerana perbuatan mendedahkan aurat itu akan membuka pintu kepada zina”

Gadis Liberal :
“Ha ha ha ha ……I don’t think like that ustaz………..sebenarnya..masalah zina…rogol..sumbang mahram…..dan sebagainya yang melibatkan kerosakan akhlak kaum wanita adalah berpunca dari lelaki yang jahat dan bernafsu buas…..bukan sebab kami berpakaian tidak bertudung dan berpurdah.!!!”
“Ustaz pun tahu kan….orang lelaki ni…alim macam mana pun tapi bila tengok orang pompuan…..tercabut serban mereka……ha ha ha ha…”

Ustaz :
“Hai….macam perli saya aje ni….?”
Gadis Liberal :
“Ha ha ha ha….ustaz tak termasuk la…..saya percaya ustaz….. kalau tak saya takkan tanya soalan ni…….ha ha ha ha……!!”

Ustaz :
“Islam mengatakan….Fitnah yang membuka pintu zina itu adalah banyaknya berpunca dari wanita yang tidak menutup aurat dan menjaga kehormatan mereka”
Gadis Liberal :
“Habis tu ustaz…salah orang perempuan lah ye kalau…..orang perempuan diperdaya..dirogol…diragut kesuciannya oleh seorang lelaki playboy….?”

Ustaz :
“Bukan itu maksud saya…….apa yang saya nak katakana ialah…orang perempuan sekiranya tidak mendedahkan diri dengan penyebab yang menyebabkan lelaki cenderung untuk melakukan perbuatan yang jahat…maka selamatlah dirinya..dari sebarang ancaman dan gangguan seksual.”….
“Perbuatan membuka aurat itu bukankah menarik ghairah lelaki untuk melakukan sesuatu yang tak senonoh kepada seorang perempuan?” Hilangnya sifat malu seorang perempuan menyebabkan dirinya bercampur gaul dengan lelaki yang bukan mahram….menyebab terjadinya perbuatan berjumpa…berdating…berdua-duaan …..sehingga pihak yang ketiganya adalah syaitan…lalu syaitan pun membisikkan bisikan syahwat menyebabkan berlakunya perbuatan zina antara dua pasangan sejoli…!!”

Gadis Liberal :
“Alah ustaz …itu sebab orang lelaki lah yang mulakan dulu……orang perempuan ni insan yang lemah terpaksa mengikut kehendak lelaki”

Ustaz :
“Hmmmm…itulah yang tak betul tu…..seorang wanita yang baik….mestilah tegas menjaga maruah dan kehormatan dirinya…..Allah menjadikan wanita ini dari tulang rusuk Nabi Allah Adam a.s untuk hidup mulia sebagai seorang isteri yang mempunyai tugas yang mulia iaitu sebagai peneman suami dan sebagai insan yang berkongsi suka duka bersama suami..setia berkhidmat untuk suami dengan perasaan kasih sayang yang dibina atas dasar cinta…melalui perkahwinan yang sah”
“Bukanlah kasih sayang namanya jika seorang wanita membiarkan dirinya menjadi tempat memuaskan nafsu..lelaki yang jahat….bukan cinta namanya…apabila seorang wanita membiarkan maruahnya dimusnahkan……bukanlah bahagia namanya apabila seorang wanita bersama dengn lelaki tanpa ikatan yang sah.”

Gadis Liberal :
“Ok…ok….ustaz menang……Cuma saya nak ulangi balik ustaz pendapat saya tadi……perempuan yang bertudung pun bukannya baik sangat….ada diantara mereka ni ustaz yang lebih teruk akhlaknya daripada kami yang tidak bertudung ni….?”

Ustaz :
“Ha ha ha….janganlah disalahkan tudung jika akhlak seseorang itu buruk…..!!!….menutup aurat itu perintah Allah…sama ada manusia itu baik atau jahat…kan itu perintah Allah…kita tak boleh pertikaikan……!!”
“Jika akhlak seseorang itu jahat…..maka dia akan dikira dosanya mengikut akhlaknya yang jahat….tetapi jika dia tidak memakai tudung menutup aurat…..maka dosanya akan bertambah lagi…janganlah kita melakukan satu dosa…kemudian kita tambah lagi dosa…akibatnya derita kita di akhirat..lama kita diazab di dalam neraka…..!!”

Gadis Liberal :
“Baiklah ustaz…mungkin tak faham maksud saya…….beginilah saya buat contoh supaya ustaz mudah faham……ada seorang wanita yang tidak menutup aurat…tetapi dia baik..rajin..pemurah ..penyayang…hormat ibubapa…..suka menolong orang…dan ada pula seorang perempuan yang bertudung…tapi jahat…suka mencaci mengata orang…..sombong…pentingkan diri sendiri…kedekut…suka cari gaduh….yang mana lebih baik ustaz……?”

Ustaz :
“Saya faham maksud awak…..oklah….tentang perempuan tidak bertudung walaupun dia..baik…buat amalan baik….pemurah…menolong orang…sememangnya dia akan mendapat pahala dengan amalan baik yang dilakukan….tetapi ingat…Nabi saw pernah menerangkan di dalam satu riwayat….bahawa diakhirat nanti apabila kita dihadapkan di hadapan Allah swt…kita akan ditanya..tentang dosa dan pahala….jika ada dosa yang kita lakukan…maka pahala kita akan dipotong….jika kita banyak melakukan amalan baik sekalipun…tetapi jika tidak menutup aurat….pahala kita akan dipotong mengikut lama mana kita mendedahkan aurat ketika di dunia ini semasa kita hidup….sehingga tiada lagi pahala yang nak dipotong..kita tanggung pula dosa orang yang rosak matanya..akhlaknya…disebabkan oleh kita yang membuka aurat….sehingga kita menjadi manusia yang paling muflis di akhirat lalu dicampakkan kita ke dalam neraka.”
“Adapun perempuan yang bertudung…dia terlepas dari dosa mendedahkan aurat…. Dan jika dia melakukan dosa yang lain…yakni seperti mencaci..mengata…sombong..dan sebagainya…maka itu dosa lain yang dia kena memohon dari Allah keampunan …agar tidak di azab diakhirat….sekiranya tidak dia akan diazab mengikut dosa yang dilakukan…..cumanya tempoh diazab itu tidaklah selama tempoh azab dosa orang yang mendedahkan aurat..kerana tempoh tinggal di neraka disebabkan oleh dosa buka aurat ni… lama sangat.”

Gadis Liberal :
“Oh ye ke ustaz…..maaflah ustaz… saya tak pandai agama……saya cuma dengar orang bercerita…dan ada kawan-kawan saya yang menggelarkan diri mereka “ the liberal gurlz”……yang menyatakan…kalau tak boleh buang sifat-sifat……jahat dalam diri…tak guna pakai tudung labuh……munafik namanya tu……tunggulah sehingga kita benar-benar dah bersedia dan menjadi benar-benar baik….barulah kita pakai tudung tutup aurat…..”
Ustaz :
“Ha ha ha ha ha bila la agaknya tu ….baru awak jadi benar-benar baik…..bila dah masuk kubur….?”
“Satu perkara yang mesti kita ingat…dan perbetulkan persepsi kita…..berubah jadi baik dan bertaubat adalah perkara yang tak boleh ditangguh-tangguh…….berubah dan bertaubat mesti dilakukan serta merta …kerana jika kita tangguh dan tunggu dulu…..maka dikhuatiri kita tidak sempat..bertaubat dan berubah…kerana ajal maut itu tidak kita tahu bila tibanya….apakah kita boleh menjamin umur kita panjang?apakah kita boleh hidup sehingga ke detik masa kita bertaubat dan berubah……”please don’t make your life as a gambling game”jangan perjudikan hidup awak dengan hanya bersandarkan harapan yang tak pasti…..” Jika kita menyatakan kita kena tunggu sehingga dah benar-benar baik dan bersedia baru kita pakai tudung menutup aurat……maka adakah umur kita sepanjang itu untuk sampai ke detik itu????? Jika kita dimatikan Allah bagaimana?”
“Samalah macam awak tidak mahu kahwin hanya kerana awak nak tunggu calon suami yang benar-benar perfect..hensem….macho…hmmm sampai ke tua la tak kahwin jawabnya”

Gadis Liberal :
“Hu huh u ustaz…gerun saya dengar penerangan ustaz ni…..barulah saya faham……..saya ingat apa yang dikatakn oleh kawan-kawan saya tu betul…rupa-rupanya sesat larat kita dibuatnya……!! Terima kasih ustaz…barulah saya faham….dan insyaallah saya akan berubah ….cumanya mungkin ambil masa juga ustaz….maklumlah bukan senang kita nak mulakan perubahan dan benda baru ni…..kawan-kawan saya “The liberal gurlz” pasti terkejut dan mentertawakan saya bila saya berubah memakai tudung…..aduihhhh susahnya ustaz…kalau diorang kutuk saya…mau menangis saya nanti…..”

Ustaz :
“Biarlah kita menangis di dunia ini kerana mentaati perintah Allah dari kita menangis di akhirat kerana di azab akibat mengingkari perintah Allah”

Gadis Liberal :
“Isk…Isk…..Isk…ye lah ustaz…terima kasih….terima kasih…….saya rasa insaf sangat…..terima kasih ustaz…..semoga Allah mengampunkan dosa saya…..”

Ustaz :
“Insyaallah semoga Allah berikan awak kekuatan dan berubah dari yang baik kepada yang lebih baik……..saya akan doakan…..!!”


"Ya Allah, jadikanlah diriku setiap hari dalam setiap segi. menjadi lebih baik, lebih baik dan lebih baik." Amin Ya Allah.

Monday, 2 July 2012

Winner Of UEFA EURO 2012 (SPAIN)

Assalamualaikum.



haiii anda semua, heee arini mood happy sangat2. sebab demam Euro dah pun tamat penghujungnya. hihihi dan team kegemaran aku pun dah memegang tahta kejuaraan 2 kali berturut2. wahaaaaaaaaaaaa. Champion Of UEFA EURO 2012 is SPAIN. yuhuuu viva de espana (La Roja). i will support you forever n never ever. heee ramai jugak yang tak puas hati dengan team aku ni. (lantak pi ahh depa). hahahaha Spain menewaskan pasukan Italy dengan jaringan 4-0. kenduri gol dorang. hihihi


 forever The Red Fury <3


lagi 2 tahun Fifa World Cup pulak. hihihi so no komen la lagi 2 tahun dorang boleh jadi juara lagi ke tak.

jaringan pertama David Silva minit ke 14.


minit ke 41, gol kedua pasukan sepanyol. Jordi Alba.


FERNANDO TORRES, gol minit ke 84 meninggalkan italy dengan 3-0. (hahaha)



gol tunggal Juan Matta minit ke 88. memang hebat la gandingan pemain chelsea ni dengan torres.  



anyway good job kepada semua pemain sepanyol kerana telah berjaya bertungkus lumus nak menang pertandingan ni. heee viva de espana. :)


pemegang kasut emas. Fernando Torres berjersi no 9.


k lah jumpa lagi pada entri yang akan datang. sayang korang semua. hihihihi
K tata,
Assalamualaikum