''Sesungguhnya seorang lelaki itu berharta bila dia zuhud di dunia, dan sesungguhnya seorang itu adalah fakir bila dia gemar pada dunia.''-SUFFIAN AS THAURI-

Tuesday, 20 November 2012

LUPAKAN ZAMAN JAHILIAH ITU


sudah 7 Muharam hari ini...
bagaimana dengan tahun baru kita?
sudah tercapaikah apa yang di rancang tahun lepas?
dan bagaimana niat tahun baru kita kali ini?

zaman jahiiliah sudah jauh kita tinggalkan...
adakah habis kita tinggalkan?
masihkah ada sedikit sisa-sisa jahiliah yang tertinggal...

mulut mengatakan aku sudah berhijrah!
tapi...sejauh mana penghijrahan kita?
adakah kerana Allah...
betulkan niat...
jangan dikenang zaman jahiliah itu, jadikan ia satu pengajaran..
satu batu asas dikala kau teringin membuat dosa!
bersyukurlah duhai hati...
bersyukurlah...
Allah sentiasa bersama dengan kita..




Friday, 16 November 2012

SEMUANYA DARI ALLAH


Bertemu dengan seseorang adalah nasib kita. Menjadi teman itu pilihan kita. NAMUN, jatuh cinta dengan seseorang itu adalah luar dari kuasa kita.





♥ JODOH dan PERTEMUAN semuanya dari ALLAH..
♥ Adakalanya, kita diberi PETUNJUK melalui mimpi..
♥ Mimpi adalah mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan solat Istikharah dan memohon dengan BERSUNGGUH-SUNGGUH supaya Allah memberikan petunjuk,
♥ InsyaAllah dengan izinNya kita mendapat mimpi petunjuk..
♥ Kadangkala petunjuk dalam bentuk RASA HATI..
♥ Jika dia pilihanmu, buatlah KEPUTUSAN sebaiknya..
♥ Jika tidak, TOLAKLAH dia dengan BAIK..
♥ Seandainya dirimu TIDAK MEMILIKI sesuatu yang kamu cintai,
♥ Maka cintailah sesuatu yang kamu miliki..
♥ Jangan pinggirkan ALLAH kerana Dia yang mengurniakan rasa cinta.

Thursday, 15 November 2012

2 Tahun dah. hee

Assalamualaikum.


Macam mane aku boleh lupa yang arini birthday anak buah kesayangan aku ni. Ya Allah, macam mane tak lupa, macam2 sangat yang aku fikirkan. sampai SERABOT kepala otak ni ha. Nak fikir final exam lagi. huhu bebanan sungguh. Tapi tak ape lah, tinggal seminggu je lagi niyh. hehe



Happy Birthday yang Ke 2 Tahun Aidil Ariff.

Acu sayang kamu sangat2, dah lame tak bawak aidil pegi taman. selalu setiap petang tak kiralah acu tido ke, mesti aidil tarik tangan acu nak ajak pegi taman kan. nanti cuti 3minggu ni acu bawak aidil pegi taman ye. Sekarang ni nak fokus final dulu. hmmm. okay lah bubye.


Assalamualaikum.

Tuesday, 13 November 2012

JANGAN MENCARI TERLALU "ISTIMEWA"




Jika kamu memancing ikan
Setelah ikan itu terlekat di mata kail
Hendaklah kamu mengambil ikan itu
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kail kamu
Dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup…

Begitulah juga…
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang
Setelah dia mulai MENYAYANGI kamu
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
Dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu…

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja
Kerana apabila ia mulai RETAK... tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja…

Begitulah juga…
Jika kamu sedang memiliki seseorang… TERIMALAH dia seadanya
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa
Anggaplah dia manusia biasa
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN... tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA Dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja…

Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi
Kamu akan MENYESAL...

Begitulah juga…
Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu
MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... dan MENCINTAIMU...
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN
Kelak dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi…
kerana dia telah menemui cinta sejatinya yg jauh lebih baik dari kamu..
dan ketika itu TIADA LAGI ruang dalam hatinya buat kamu..


Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI... kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA... itu lebih BERMAKNA !
kita juga tidak sempurna jadi mengapa harapkan insan yg sempurna sedang hakikatnya tiada insan yg sempurna dalam dunia ini..
setiap yg bernama manusia itu punyai kelemahan..
mengapa tidak kita bersama atasi kelemahan itu dan memberi peluang kepadanya barubah..dan kita juga harus bersama berubah ke arah KEBAIKAN.. itulah PASANGAN..
saling lengkap-melengkapi..

apa yg utama ialah mencintai ILAHI..dgn mencintai ilahi..pasti ALLAH akan temui kamu dgn seseorang yg mencintai-NYA..

mencari yg sempurna..SEMPURNAKAH DIRI KAMU?? tepuk dada tanyalah IMAN..

Friday, 9 November 2012

Permata Yang Dicari




Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..
Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan
Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH.
: )

Saturday, 3 November 2012

Selamat Hari Lahir Angah.

Assalamualaikum.


3 November 1984 lahirlah seorang puteri kedua Musa dan Salbiah yang diberi nama Noor Sheilawaty. kini beliau sudah pun mencecah 28 tahun. Seorang kakak yang bertanggungjawab dalam keluarganya, menjadi tulang belakang keluarga tak kira susah mahupun senang. sungguh bertuah aku mendapat seeorang kakak yang baik dengan adik2 dan kakak sulung nye. Adik doakan angah semoga dilimpahkan rezeki dan dipanjangkan umur. Adik sayang angah.


nilah kakak saya yang comel. heee

Friday, 2 November 2012

ikhlas dari hatiku.

Senyumanmu tidak memberi sebarang bebanan kepadamu tetapi memberi makna yang indah kepada diriku.
Bantulah aku untuk melangkah, seandainya dia benar
milikku yang telah Engkau tetapkan di Luh Mahfuz,
seandainya juga dia baik untuk agamaku,
kehidupanku, dan kesudahan urusan samada cepat
atau lambat, takdirkan dia untukku,
permudahkanlah serta berkatilah dia untukku, tolong
jagakan dia Ya Allah.


Namun, jika sebaliknya Ya Allah.. Engkau redhailah
hatiku, Engkau jauhkanlah aku daripadanya dan
jauhkanlah dia daripadaku, Engkau buangkanlah jua
segala rasa yang mungkin timbul ini Ya Allah.